Ingin hidup anda berubah sepenuhnya? Mudah, hanya perlu bersabar

Anda nak tahu satu benda yang semakin hilang dari diri manusia zaman sekarang? Benda yang kalau anda mampu untuk gengam kuat-kuat akan menjadikan hidup anda jauh lebih baik. Apakah benda itu?

KESABARAN

Ada satu kajian terkenal yang dipanggil sebagai Marshmallow Test. Marshmallow ni senang cakap macam gula-gula. Zaman budak budak dulu kita memang cukup suka bila makan.

 

Baik, dalam kajian tersebut. Pengkaji telah memberi satu marshmallow kepada beberapa orang kanak-kanak dalam satu bilik. Pengkaji itu kemudian keluar dari bilik tersebut untuk beberapa minit.

Sebelum keluar, pengkaji memberitahu kanak-kanak itu, jika mereka tidak makan marshmallow yang diberikan semasa pengkaji keluar, mereka akan diberi ganjaran marshmallow yang ke dua.

Maksudnya kalau mampu bersabar, akan dapat ganjaran yang lebih

Jadi ada beberapa kanak-kanak yang terus makan marshmallow tersebut, dan ada juga kanak-kanak yang bersabar dan menantikan pengkaji itu kembali dengan harapan bakal mendapat marshmallow yang ke dua.

 

Setahun kemudian, pengkaji membuat followed up terhadap kanak-kanak yang terlibat dengan marshmallow test tersebut. Ada sesuatu yang menarik anda perlu tahu.

Kanak-kanak yang mampu bersabar dalam marsmallow test didapati :

  • Lebih score dalam SAT mereka (Ujian penilaian sebelum masuk kolej)
  • Rendah terlibat dengan bahan terlarang (dadah dan lain-lain)
  • Rendah kemungkinan untuk obesiti (mampu kawal kehendak nafsu makan, kot)
  • Tindak balas terhadap stress yang lebih baik 
  • Social skills yang lebih baik (Kalau penyabar mesti ramai kawan, kan)

 

Oleh yang demikian, sama-samalah kita cuba memupuk sifat sabar dalam diri. Sebab orang yang sentiasa sabar sentiasa diberi ganjaran lebih dan hidup sentiasa tenang.

“Eh, aku memang sentiasa sabar. Boleh tak kau cepat sikit bagi kesimpulan. Apa sebenarnya yang kau nak cakap dalam post ni?”

Baik, cuba untuk ingat apa yang akan saya katakan ini. Sifat sabar satu benda yang sangat penting sebab dalam hidup ini

SETIAP PERKARA YANG HEBAT, PERLUKAN MASA UNTUK DILIHAT

 

Kesabaran mengajar anda erti komitmen dan kesedaran yang impian serta cita-cita yang besar memerlukan masa. Ramai orang berhenti berusaha separuh jalan sebab tak tahan, sikit dari kita yang sanggup bersabar dan bertahan hingga ke penghujung.

  • Jika anda seorang penulis, anda perlukan latihan setiap hari yang berlalu bagi memantapkan karya anda. (Sayalah tu)
  • Jika anda ingat hebat bermain musik, anda perlukan training setiap hari yang berlalu untuk bergelar pemain musik yang hebat.
  • Siapa anda sekalipun, anda perlukan kesabaran setiap hari yang berlalu untuk belajar, kumpulkan pengalaman, dan bina kekuatan agar cita-cita anda tercapai. 

 

Thomas Edison nak buat lampu sampai 1000 kali percubaan, tembok besar China ambil masa lebih kurang 2000 tahun (search google), nak siapkan KLCC pun ambil masa 5 tahun,

“Jadi persoalannya kalau anda nak buat bisnes, berapa lama anda sanggup bersabar? Kalau anda nak bergelar pakar dalam bidang yang anda ceburi, mampukah anda terus bersabar? Sebab benda yang hebat, perlukan masa untuk dilihat.”

About Amirul Ramli

Menubuhkan Noetic Therapy Resources pada 2012. Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Komunikasi UIAM. Minat bidang motivasi, pembangunan diri, psikologi dan yang sama waktu dengannya. Sedang mengejar impian sebagai profesional speaker!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *