Anda cuba nak tidur awal setiap hari tapi tak boleh?

Esok anda kena bangun pukul 5 pagi, jadi mampukah anda tidur awal pada malam ini? Atau adakah anda tergolong dalam golongan burung hantu setiap kali malam menjelma? Mengapakah agaknya bila anda cuba tidur awal bukan main susah. Sampai kadang kala anda cemburu melihatkan rakan anda yang tidur lena siap berdengkur!

 

“Aku bukan tak nak tidur awal, bila aku baring atas katil mata tak terlelap pun. Boleh jadi sebab ada banyak masalah negara perlu aku fikirkan sampai tak boleh tidur ni”


Saya teringat masa masih belajar di universiti dulu. Kalau pukul 12 anda datang bilik saya biasanya saya tidur. Pukul 10.30 saya dah ready untuk menidurkan diri. Walaupun assignment banyak tak siap, macam mana pun tidur tetap perlu diutamakan.


Tidur yang mencukupi penting untuk menjaga aspek yang penting untuk minda dan tubuh badan anda seperti emosi, tenaga, kebolehan untuk belajar, memori, tindak balas serta pemikiran yang kritikal. 

Kini giliran anda untuk belajar tidur awal supaya senang bangun solat subuh. Kalau tidur pun lewat subuh pun dah tentu tak awal. Walaupun terjaga waktu subuh tapi kalau tahap kemengantukan yang tinggi, boleh jadi tidur semula. Oleh itu demi memastikan anda bangun subuh dalam keadaan tubuh yang segar, dah tentunya perlu tidur yang mencukupi anggaran dalam 7-9 jam. (TheGuardian)

Antara kelebihan memastikan tidur anda sentiasa mencukupi:

  • Apabila anda sedang belajar sesuatu yang baru, selepas anda tidur anda akan mendapati ianya akan lebih mudah untuk diingati dan difahami. (Dr Rapopot, Professor NYU Langone Medical Center)
  • Kalau kualiti tidur lebih baik, hidup anda tentunya jadi lebih baik (Raymonde Jean, MD
  • Tidur membantu menurunkan tahap stress, jadi tekanan darah anda dalam keadaan baik. (Raymonde Jean, MD)

 

TIPS TIDUR AWAL

Bertentangan dengan kepercayaan umum, ramai orang menyangka bila nak tidur caranya mudah, hanya tutup mata dan tidur. Malangnya untuk tidur awal bukan itu caranya. Cara untuk anda tidur awal ternyata paradox dengan apa yang anda fikirkan. Ada seorang pernah tanya saya,

“Macam mana kau boleh tidur awal? Aku nak tidur awal tapi tak mengantuk” Soalnya.

“Kalau nak tunggu mengantuk datang memang tidur lewat la. Aku tidur awal tu mana mengantuk lagi, tapi aku tidur juga”

 

Caranya mudah untuk menidurkan diri anda ketika tak mengantuk, kalau nak tidur awal jangan pejam mata, sebaliknya

buka mata dan fokuskan pada satu titik. Titik itu boleh jadi tompokan di syiling, kipas yang berputar, paku di dinding, langsir bilik atau apa saja yang boleh anda fokuskan pandangan anda sambil berbaring.

Apasal pula kena biar buka mata? Bukan kalau nak tidur, tutup mata ke? Macam tak logik je tips ni? Sebabnya mudah.

Cuba anda ingat balik kali terakhir di mana anda cuba untuk tidur, anda dah pejam mata, dah guling-guling atas tilam masih juga tak boleh tidur. Masih ingat?

 

Salah satu sebab anda jadi mengantuk bila mata anda letih. Jadi bila anda baring dan pejam mata yang letih itu, dalam masa yang sama anda sudah pun merehatkan mata anda. Mata dah berehat, tapi anda tak tidur lagi! Nampak?

Jadi apa yang saya buat, bila berbaring untuk tidur biasakan untuk fokuskan mata pada satu tempat. Lapangkan fikiran, tenangkan pernafasan anda (4 sedut nafas guna hidung, 7 saat tahan nafas, 8 hembus nafas guna mulut) dan hanya terus fokuskan pandangan pada satu sudut.

Jangan pejam mata anda sebaliknya biarkan saja ianya letih. Sebab bila mata letih, anda akan secara automatiknya terpejam, lalu tertidur akhirnya. Setel!

 

Untuk permulaan bolehlah anda gunakan tips ini, sampai satu tahap bila anda sudah bina satu rutin tetap contohnya pukul 11 malam tidur, anda akan secara automatik mengantuk pada waktu tersebut.

Boleh kata rutin tidur awal yang anda paksa pada mulanya kini sudah tersemat dengan internal body clock anda. Oleh yang demikian, silalah cuba untuk tidur awal malam ini!

About Amirul Ramli

Menubuhkan Noetic Therapy Resources pada 2012. Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Komunikasi UIAM. Minat bidang motivasi, pembangunan diri, psikologi dan yang sama waktu dengannya. Sedang mengejar impian sebagai profesional speaker!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *