TANGANI STRESS : Satu tips mudah anda jadi lebih relaks dan tenang

Apa khabar hari ni? Sihat? Alhamdulillah. Semoga hari anda berjalan dengan ceria dan hebat. Akhirnya hujung minggu tiba! Waktu di mana berkurang sakit kepala sebab kerja. 

Di hujung minggu ni apa kata anda cuba ambil kesempatan. Cuba ambil peluang untuk merelakskan diri dan melapangkan fikiran.

“Eh kau cakap apa ni? Memang aku sentiasa relaks je hujung minggu. Hujung minggu memang pun waktu untuk aku berehat”

Okay, tapi adakah ada rasa puas dengan cuti anda?


CUBALAH UNTUK JALANI CUTI DENGAN BERKUALITI

Ya betul tu, persoalannya adakah anda bercuti dengan efektif? Atau istilah bercuti untuk anda hanya bermaksud tinggalkan urusan kerja? 

Jadi apa kata anda tengok dulu kalau ada tanda tanda seperti di bawah

  • Walaupun dapat peluang bercuti anda masih rasa tak puas dan rasa cuti sekejap sangat? 
  • Fikiran masih berserabut memikirkan soal kerja ketika cuti hujung minggu?
  • Sepatutnya waktu cuti dapat melapangkan fikiran tapi tetap rasa kepala berserabut


Kalau anda ada tanda tanda di atas, besar kemungkinan cuti anda tidak dimanfaatkan sepenuhnya. 

Ramai yang terlupa atau tak sedar akan konsep asas merehatkan diri

Andainya anda cuba buat tips ini, gerenti fikiran anda akan rasa lebih lapang dan dapat menikmati cuti anda sepenuhnya dengan baik. 

Apakah tips itu?


CUBA LAKUKAN HANYA SATU PERKARA DALAM SATU MASA

Baik, cuba imbas kembali. Apa yang selalunya anda buat semasa makan? 

Ada orang makan sambil tengok televisyen. 

Baik, cuba lagi ingat balik. Apa yang selalunya anda buat semasa menonton televisyen?

Ada orang tengok TV sambil main handset.

Inilah salah satu faktor mengapa kadang kala rehat yang kita ada tak cukup. Setiap kali cuti, rasa macam tak puas rasa macam nak lagi. 

Memang akan sentiasa rasa tak cukup kalau tak nikmati rehat itu sepenuhnya


 

Oleh itu macam mana nak nikmati cuti sepenuhnya? 

Belajar untuk fokus satu perkara dalam satu masa. 

Mungkin sebab kita dah biasa sibuk dengan kerja, jadi bila cuti pun kita terbiasa untuk buat diri kita sibuk.

Jadi apa yang perlu anda cuba buat :

  • Bila makan, jauhkan diri dari handset mahupun televisyen. Bunyi macam mudah, tapi tak ramai yang mampu buat. Sebab saya pun terbiasa untuk makan sambil tengok TV. Cara yang terbaik, nikmati kelazatan dan keenakkan makanan itu sepenuhnya.
  • Bila tengok TV, elakkan diri dalam masa yang sama buka media sosial. “Ok bila cerita ni start, aku tak nak pegang handset, aku nak tumpukan perhatian dekat movie ni saja”
  • Bila buat apa pun, cuba untuk nikmati aktiviti itu sepenuhnya. Contohnya bila baca buku, fokus untuk baca buku saja. Contoh lain bila keluar beriadah, fokus untuk nikmati riadah itu saja, tinggalkan segala media sosial buat sementara. 



Apa kelebihan fokus dalam satu benda dalam satu masa? Banyak! Anda pastinya akan rasa lebih lapang, anda dapat menikmati apa yang anda buat sepenuhnya dan dah tentu rasa lebih gembira!

Semoga dapat sedikit input hari ini. Jumpa esok!

About Amirul Ramli

Menubuhkan Noetic Therapy Resources pada 2012. Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Komunikasi UIAM. Minat bidang motivasi, pembangunan diri, psikologi dan yang sama waktu dengannya. Sedang mengejar impian sebagai profesional speaker!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *