TANGANI STRESS : Langkah bijak untuk halang ‘stress kerja’ dibawa balik ke rumah

Apa khabar hari ni? Semoga dalam keadaan yang sihat dan bermotivasi hendaknya. Baik macam biasa kita akan teruskan cerita mengenai isu stress.

Kalau anda lihat soal selidik atau kajian yang dijalankan besar kemungkinan hasilnya akan menunjukkan bahawa tempat kerja menjadi penyumbang stress terbesar.

“Macam mana dengan anda? Adakah anda setuju yang tempat kerja ni banyak mendatangkan stress yang bikin kacau hidup anda?”

Maklumlah, bila kita kerja kita diberi tanggung jawab yang perlu dijalankan. 

Dan bila silap biasalah akan timbul isu, sebab tugasan kerja itu pastinya melibatkan pekerja lain pula.

Jadi stress tempat kerja satu benda yang susah untuk dielak. Tak kira kerja under company atau sendiri. Sedangkan kalau bisnes sendiri pun ada juga stress sebab perlu cari customer.

Oleh itu, apa anda boleh buat untuk menghalang stress tempat kerja ikut sekali ke rumah anda bila anda balik kerja? 


PASTIKAN ANDA DAPAT TIDUR YANG CUKUP

Saya seorang yang cukup disiplin dalam bab bab tidur ni. Haha. Sebab dari kecil saya sudah dibiasakan untuk tidur awal dan bangun awal. 

Okay, tidur awal maksudnya 10-11 malam. (Nak kena jelaskan sebab tidur awal bagi anda mungkin 1 pagi)

Kajian yang dijalankan di University of Central Florida mendapati tidur yang berkualiti adalah salah satu kunci yang mampu menghalang individu daripada membawa stress tempat kerja ke rumah. 

Anda rasa sebab apa? Sebab letih la apa lagi. 

“Baik contohnya anda dimarahi oleh ketua anda. Anda rasa begang dan marah. Bila habis kerja dan balik rumah ramai orang yang mungkin melepaskan kemarahan itu kepada ahli keluarga mereka. 

Tak semesinya secara direct, boleh jadi marah tentang isu kecil saja di rumah. Disebabkan kat tempat kerja kena marah, jadi kat rumah terasa nak marah orang lain pula. 

Besar kemungkinan punca perkara di atas adalah disebabkan badan yang sedang letih” 


KELETIHAN MENJADI PUNCA KAWALAN EMOSI TERGANGGU 

Maklumlah bila balik daripada kerja memanglah penat. Jadi badan yang penat tu menyebabkan seseorang itu sukar regulate emotion

Bila mental dan fizikal dalam keadaan yang letih, agak sukar untuk anda mengawal emosi yang melanda. Sebab itulah anda perlukan rehat yakni tidur dengan cukup!

Tidur yang berkualti penting kerana ia mempengaruhi kesihatan mental dan fizikal. Selain itu kualiti hidup, produktiviti dan juga emotional balance

Jadi untuk dapatkan tidur yang optimum anda mungkin perlukan 6-8 jam tidur (bergantung pada individu). 

Oleh yang demikian mampukah anda untuk tidur awal malam ini lantas menghalang stress daripada menganggu kebahagiaan hidup anda di rumah? 

About Amirul Ramli

Menubuhkan Noetic Therapy Resources pada 2012. Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Komunikasi UIAM. Minat bidang motivasi, pembangunan diri, psikologi dan yang sama waktu dengannya. Sedang mengejar impian sebagai profesional speaker!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *