TANGANI STRESS : Apa yang mereka kata mungkin bukan apa yang mereka maksudkan

Hai apa khabar di hari ni? Semoga dalam keadaan bermotivasi tinggi dan sihat hendaknya. Baik dalam podcast motivasi yang lepas kita ada berborak mengenai Apa yang anda sangka, tak semestinya betul belaka, jadi untuk entri kali ini lebih kurang sama lah input nya. 

Antara benda dalam hidup ni yang agak menyakitkan hati dah tentunya

Kata kata daripada orang lain. 


KATA KATA PENYEBAB BAHAGIA DAN DUKA

“Perkataan yang diungkapkan oleh seseorang mampu melembutkan hati individu yang lain dan perkataan juga berkemampuan untuk melukakan hati seseorang”

Oleh itu dengan kata kata anda boleh bahagia, dan dengan kata kata juga anda jadi merana. 

Mesti anda sendiri pernah berada dalam situasi emosi yang tergangu disebabkan kata kata seseorang.

“Alah kau nak awek cantik je, bukan hensem sangat pun. Cari la yang sepadan”

“Membazir je kau beli smartphone ni. Jenama ni mana bagus bateri tak tahan lama”

“Ceh poyo lah kau sekarang, tahulah bawa kereta mahal. Tak nak keluar dengan aku dah” 

Apakah yang anda rasa bila orang cakap macam tu kepada anda? Marah? Begang? Sakit hati? atau biasa saja?


APA YANG DIKATAKAN MUNGKIN BUKAN APA YANG DIMAKSUDKAN

Baik cuba fikirkan, sebab apa ada masa anda tak kisah orang nak cakap apa, ada masa pula anda jadi sensitif dan mudah kecil hati.

Penerimaan anda bergantung kepada emosi yang sedang anda rasa. 


Boleh jadi emosi itu daripada anda, atau boleh jadi emosi itu dipengaruhi oleh orang yang mengeluarkan kata kata itu sendiri. 


Cuba lihat Situasi 1

Anda dalam keadaan gembira baru masuk gaji. Bonus pun baru dapat. Sangat gembira! Sambil bergelak tawa dengan rakan sekerja anda, rakan sekerja anda berkata

“Poyo lah kau sekarang, tahulah bawa kereta mahal. Tak nak keluar dengan aku dah” 

Dan anda membalas kata kata itu dengan ketawa sinis.


Cuba lihat situasi 2

Anda baru dimarahi majikan. Anda berasa sangat marah memandangkan cuti yang anda mohon juga ditolak. Sedang anda bermain dengan smartphone, rakan anda berkata

“Membazir je kau beli smartphone ni. Jenama ni mana bagus bateri tak tahan lama”

Dan anda membalasnya “Suka hati akulah duit aku!”


Macam mana? Boleh nampak kan? Dan bukan itu saja, kadang kadang ia bergantung kepada orang yang berkata itu sendiri. 

“Alah kau nak awek cantik je, bukan hensem sangat pun. Cari la yang sepadan” kata kawan anda sambil tergelak.

“Alah kau nak awek cantik je, bukan hensem sangat pun. Cari la yang sepadan” perli kawan anda sambil mencebik.


PENERIMAAN ANDA BERGANTUNG PADA SITUASI TERTENTU

Jadi kesimpulannya, perbualan anda bersama rakan anda boleh dirungkaikan pada emosi berikut

  • Anda gembira  & kawan gembira
  • Anda marah & kawan gembira
  • Anda gembira & kawan marah
  • Anda marah & kawan marah


Ok tak payah pening pening, senang cakap andainya ada kata kata yang menyakitkan hati anda, anda boleh menenteramkan jiwa anda dengan berkata

“Hmm mungkin aku tengah marah sebab tu tak boleh terima lawak dia”

Atau

“Hmm mungkin dia tengah bad mood sebab tu sampai sanggup cakap macam tu sekali dekat aku”


Jadi lepas ni andainya anda sakit hati pada seseorang, ingatkanlah diri anda bahawa apa yang mereka kata, mungkin bukan apa yang mereka maksudkan.

Sebab apa perlu fikir benda ni?

Supaya hidup anda lebih tenang, dan boleh meneruskan hari dengan gembira sebab tak membiarkan kata kata seseorang menyakitkan hati anda 

Sebab anda dah tahu, apa yang dia kata mungkin lain maksudnya.

Jumpa esok!

About Amirul Ramli

Menubuhkan Noetic Therapy Resources pada 2012. Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Komunikasi UIAM. Minat bidang motivasi, pembangunan diri, psikologi dan yang sama waktu dengannya. Sedang mengejar impian sebagai profesional speaker!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *