TANGANI STRESS : 3 ciri ciri orang yang mudah stress dalam hidup

Macam mana hari ni? Semua berjalan lancar? Terbaaik. Semoga berada dalam keadaan yang kuat dan hebat hendaknya. Hari ni saya akan pergi ke Sungai Petani, Kedah atas urusan kerja. Seronok pergi kedah, makan murah!

Baik kita sambung perbincangan kita mengenai stress. Semalam anda dah tahu konsep asas stress dalam hidup macam mana. 

Ia satu benda yang nak tak nak perlu perlu ada dalam hidup kita. Kita perlukan stress cuma tak boleh banyak sangat!

Bila anda berhadapan dengan high level of stress dan tak terkawal, bahaya sebab macam macam kemudaratan boleh berlaku kepada kesihatan diri anda.

Ada yang sampai tahap tak mampu nak teruskan hidup sebab rasa hidup mereka terlalu banyak dugaan dan cabaran yang tak dapat ditempuhi.

Jadi adakah anda seorang yang mudah stress? Macam mana nak tahu jika anda seorang yang senang stress?

Baik cuba lihat 3 personaliti di bawah. Tiga ciri-ciri ini mungkin jadi penyumbang kepada peratusan stress yang anda rasa setiap hari.


ANDA RASA HIDUP NI SATU PERLUMBAAN YANG PERLU ANDA MENANGI 

“Orang lain dah khawin, anda belum berkhawin. Kawan baik dah ada baby, anda masih belum menimbang cahaya mata. Rakan sekolah dah berkereta besar, anda masih dengan kereta second. Kenalan anda ramai dah bergaji besar, anda sedang fikir nak cari kerja lain” 

Hidup ini bukan satu perlumbaan. Kalau dari awal anda dah tetapkan hidup ni satu perlumbaan memang tertekan lah hidup anda. 

Lagi lagi kalau anda jenis yang sentiasa nak menang!

Setiap orang alami hidup yang berbeza. Itulah rezeki kita masing-masing. Mampukah anda terima yang cerita hidup setiap orang berlainan?

Ya boleh juga kalau nak cakap hidup ni satu perlumbaan. Perlumbaan dengan diri anda sendiri. Perlumbaan menuju ke arah diri yang lebih baik. -yang kurang stress.


ANDA SEORANG YANG TIDAK SUKA MENUNGGU

Kalau saya dah janji nak jumpa anda pukul 9 pagi, tapi saya sampai 9.20 apakah agaknya perasaan anda? Marah, stress, begang?

Memang menepati masa satu benda yang sangat penting dan kalau dah janji saya perlu tepati lah kan? 

Cuma pastinya anda sedar perjalanan hidup ini kadang kala ada berlakunya delay. Mungkin saya sakit perut ke, kereta rosak ke kan.

Mampukah anda duduk dalam bank menunggu giliran yang ke 38 dalam keadaan yang relaks, tenang dan menikmati penantian itu?

Mampukah anda mengawal diri untuk tidak lalu di emergency lane semasa di highway? Atau kalau tunggu lama sangat dalam traffic anda rasa stress? 

Sebab banyak benda dalam hidup yang kita tak boleh nak buat apa-apa, yang kita boleh buat hanya.. tunggu giliran kita.

Belajar untuk menunggu, sebab dengan kesabaran yang ada tunjukkan. Pastinya hidup ini akan balas dengan ketenangan dan kejayaan yang anda hajatkan. 

“Orang yang mudah stress, tak reti menunggu. Orang yang mudah stress, begang bila makan yang di order kat kedai lambat siap. Orang yang cepat stress, rasa frust bila usaha yang dilakukan lambat membuahkan hasil” 


ANDA MELETAKKAN JANGKAAN YANG TERLALU TINGGI

Salah ke letak high level of expectation pada sesuatu perkara? Tak salah. Salah ke target untuk dapat tinggi dalam exam yang anda duduki? Tak salah. Salah ke kalau yakin mesti akan dapat punya kerja yang anda baru temuduga tu? Tak salah.

Habis apa yang salah?

Salah bila anda meletakkan keyakinan terlebih tinggi kepada sesuatu perkara yang diluar kawalan anda.

Dulu saya pernah masuk satu pertandingan. Pertandingan buat video pendek. Saya ingat lagi masa saya hantar video tu, saya sangat sangat sangat (3 kali sangat) yakin betul-betul yang saya akan menang hadiah dalam pertandingan tu. Tak sabar saya nak pegang hadiah samsung galaxy note baru tu! Tiba hari keputusan diumumkan

Saya kalah. Nama saya tak disebut pun.

“Dan peristiwa itu mengajar saya, yang hidup ini bukan kita yang tentukan. Kita cuma boleh berusaha untuk buat dengan terbaik, macam mana pun kita perlu sentiasa ingatkan diri yang dunia ini ada aturannya. 

Ada masa kita dapat apa yang kita nak, ada masa kita tak dapat. Jadi salah ke kalau expect tinggi? tak salah. Yang salah bila rasa confirm 100 peratus akan dapat apa yang kita nak.”

Baik itulah dia tadi tiga ciri-ciri personaliti orang yang mudah diserang stress. Saya pun ada ciri-ciri di atas tu jadi sama-sama lah kita muhasabah diri dan bina kekuatan untuk uruskan stress dalam hidup ini dengan baik.

Okay jumpa lagi dalam entri esok!

About Amirul Ramli

Menubuhkan Noetic Therapy Resources pada 2012. Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Komunikasi UIAM. Minat bidang motivasi, pembangunan diri, psikologi dan yang sama waktu dengannya. Sedang mengejar impian sebagai profesional speaker!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *