Salah satu sebab kenapa ketagihan video lucah dan ketagihan onani susah berhenti

Hai apa khabar pagi yang indah ni? Biasakan bangun awal awal pagi biar enjin cepat panas lantas senang kita nak buat kerja sepanjang hari ni. 

Apa benda borak pasal enjin pulak ni

Okay andainya anda menderita disebabkan ketagihan video lucah, dah cuba untuk berhenti bertahun tahun lamanya masih belum berjaya

Jadi ini mungkin salah satu sebab utama

Salah satu sebab yang kalau anda setelkan mungkin penderitaan anda akan berakhir

Apakah sebab itu? 


ANDA TERLALU FOKUS UNTUK BERHENTI TENGOK VIDEO LUCAH SELAMA LAMANYA

Boleh nampak?

Maksudnya anda dah memang nekad nak lawan habis habisan ketagihan video lucah yang anda miliki.

Memang betul betul bersungguh sungguh ni. Jadi anda pun kata pada diri

“Aku tak kan tengok lagi video lucah ni sampai bila bila!  Aku akan lawan sampai bila bila ketagihan ni. Selama lamanya aku tak akan tengok lagi benda kotor ni”


Okay cuba kita tengok kata kata di atas tu. Anda rasa ada apa apa masalah ke? 

Saya rasa tak ada pun masalah. Cumanya ada ‘sesuatu’ yang tak suka bila anda cakap macam tu.

Haha. Dah macam cerita hantu pulak.

Ye saya percaya bila anda cakap macam ada sesuatu yang tak suka anda cakap macam tu.

Sesuatu tu merujuk kepada tubuh anda atau jiwa anda.


Okay penjelasan dia simple, anda mesti mampu untuk faham.

Minda rasional anda memang mampu untuk berkata tak nak kepada tabiat itu lagi buat selama lamanya

Macam mana dengan tubuh badan anda atau jiwa anda yang selama ni seronok dengan tabiat tu?

“Eh nak berhenti selama lamanya, mana boleh tahan. Kan best buat benda tu” kata tubuh anda yang sudah ketagihkan kenikmatan melampau itu


Dah boleh nampak kan? Memang anda nak berhenti selama lamanya tapi jangan fokus terlalu jauh!

BILA TARGET TERLALU JAUH MENYEBABKAN TUBUH BADAN ANDA RAGU RAGU

Saya rasa anda sendiri pernah rasa ragu ragu 

“Hmm.. Boleh ke sampai bila bila aku terus lawan ketagihan ni? Mampu ke aku bertahan. Dah berapa kali asyik asyik relapse”


Jadi apa anda perlu buat untuk meringankan beban tersebut adalah

  • Setiap kali anda bangun dari tidur, niatkan untuk lawan habis habiskan ‘kehendak’ itu sepanjang hari
  • Tukarkan fokus dari selama lamanya kepada hari ini 
  • Kemudian pada hari esoknya ulang semula untuk target pada hari tersebut saja


Bukan maksudnya waktu siang anda lawan, tapi bila waktu malam tiba anda menyerah. Jangan macam tu!

Anda memang lawan untuk berhenti selama lamanya ketagihan video lucah ni

Bezanya cuma anda tak pandang jauh

Sebab apa perlu elak pandang jauh bila berjalan? 

Supaya kaki anda tak tersadung batu batu kecil yang dekat dengan kaki anda.

FOKUS PADA BENDA YANG DEKAT, DALAM MASA YANG SAMA BERGERAK MENUJU KE TARGET YANG JAUH


Jadi mulai hari ni, sejurus anda bangun tidur katakan pada diri

“Tak kira apa jadi, aku akan lawan habis habisan sepanjang hari ni. Aku akan fokus sepanjang hari ni”


Jumpa lagi dalam entri blog esok!



About Amirul Ramli

Menubuhkan Noetic Therapy Resources pada 2012. Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Komunikasi UIAM. Minat bidang motivasi, pembangunan diri, psikologi dan yang sama waktu dengannya. Sedang mengejar impian sebagai profesional speaker!

2 thoughts on “Salah satu sebab kenapa ketagihan video lucah dan ketagihan onani susah berhenti

  1. Salam, Tuan saya nak tanya betul ke ketagih tonton video lucah boleh menyebabkan/punca seseorang tu jadi introvert @ maksud sy ganggu kehidupan sosial? TQ

    1. wslm. Ya boleh. DIsebabkan ketagihan tersebut. Adanya desakan utk melakukan aktiviti tak sihat itu sepanjang masa. Sebab tu mereka yang ketagihan pornografi cenderung mempunyai masalah perhubungan sosial sebab selalu memilih utk bersendirian berbanding keluar bersama rakan&keluarga

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *