PENGENALAN KETAGIHAN : Apa yang berlaku secara saintifik kepada otak individu

Apa khabar hari ini? semoga sihat dan kuat hendaknya. Baik memandangkan lagi lima buah artikel saja lagi untuk mencapai angka 100, jadi saya bercadang untuk kita buat sedikit ulang kaji. 

Andainya dah lama anda mengikuti blog ini, mesti dah selalu sangat baca tentang definisi ketagihan, macam mana ketagihan berlaku semua itu, tapi memandangkan benda ni adalah asas dalam perjuangan anda membebaskan diri dari ketagihan, jadi eloklah kiranya kalau betul-betul anda expert dan faham sangat apa benda tu ketagihan. 

SEBAB BILA ANDA DAH FAHAM, SENANG ANDA NAK LAWAN   

Baik, untuk ulang kaji ini kita akan gunakan rujukan daripada National Institute of Health & National Institute of Drug Abuse, USA. Understanding Neurobiology Through the Study of Addiction  

 

 

 

Perhatian! Bila kita sebut ketagihan ia merujuk kepada semua bentuk ketagihan.

Semua ketagihan anda boleh kata melalui proses perubahan yang sama secara neurologi.

 

Bezanya apa? Bezanya mungkin cuma dari segi magnitud ketagihan dan kesannya kepada tubuh badan anda.

 

Contohnya anda ketagih merokok, dan dalam masa yang sama anda juga ketagih main facebook. Sikit sikit mesti nak buka facebook kalau tak buka tak boleh! Oleh itu antara facebook dengan merokok

  • Yang mana satukah merbahaya buat tubuh badan anda?
  • Yang mana satukah nak tak nak perlu anda lawan dan pulihkan?
  • Yang mana satu kalau tak lawan akan buat kemusnahan buat diri anda?  

 

 

 

PENGENALAN KEPADA KETAGIHAN

Apa pun pokok pangkalnya ketagihan video lucah, ketagihan seksual, ketagihan merokok, ketagihan bahan terlarang, apa jua ketagihan semuanya boleh dilihat kesannya kepada otak anda secara fizikal. 

Secara fizikal maksud apa tu? Maksudnya kalau anda scan otak mereka yang berhadapan dengan ketagihan memang akan berlakunya kemerosotan fungsi berbanding otak mereka yang normal bebas dari segala bentuk ketagihan. 

 

 

 

Otak yang ketagih sesuatu benda, tidak akan sama prestasinya bila anda bandingkan dengan otak yang sihat. Jadi sebab apa anda perlu lawan dan pulihkan ketagihan yang anda hadapi?

“Supaya anda dapat menjalani hidup ini dalam kondisi diri anda yang terbaik, lantas menjamin hidup yang berjaya dan bahagia! Anda tak nak nikmati hidup sepenuhnya?”  

 

 

 

 
BUKTI SAINTIFIK KESAN KETAGIHAN KEPADA OTAK ANDA

Baik mari kita lihat PET scan di bawah sebagai bukti kukuh adanya perbezaan antara otak mereka yang ketagih dengan otak mereka yang sihat.  

 Otak normal di sebelah kiri. Tengah otak sedang pulih ketagihan satu bulan. Kanan otak sedang pulih ketagihan satu tahun

Cuba anda perhatikan perbezaan antara otak mereka yang ketagih (di tengah) dengan otak mereka yang normal (di kiri).

Boleh nampak sesuatu yang ketara? Adakah sama otak mereka yang ketagih dengan otak mereka yang normal?

 

Dengan menggunakan PET Scan, para pengkaji perubatan mendapati mereka yang ketagihan mempunyai level neurotransmitter dopamine yang tinggi. (Gambar tengah)

Ketagihan telah memaksa pengeluaran dopamine dengan kadar yang melampau

Yang menariknya bila anda lawan ketagihan yang anda hadapi, dan tak buat lagi benda tu untuk satu tempoh masa, Dopamine system function akan kembali semua seperti otak yang normal (Gambar kanan)  

 

 

 

Jadi sebagai kesimpulan, apakah yang berlaku kepada otak anda yang mengalami ketagihan? 

Otak anda yang ketagihan mengalami gangguan dari sudut kadar neurotrasmitter dopamin yang dikeluarkan yakni melebihi amount sepatutnya.

Baik esok kita akan pergi dengan lebih mendalam apa bendalah neurotransmitter dopamine ini.

 

Pulih dan Bina diri anda bersama PulihDiri.Com, Jumpa esok! 

About Amirul Ramli

Menubuhkan Noetic Therapy Resources pada 2012. Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Komunikasi UIAM. Minat bidang motivasi, pembangunan diri, psikologi dan yang sama waktu dengannya. Sedang mengejar impian sebagai profesional speaker!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *