PENGENALAN KETAGIHAN : Apa kesan ketagihan terhadap otak individu

Hai macam mana hari ni? Semua okay? Saya doakan agar anda berada dalam keadaan yang baik dan hebat hendaknya. Baik kita akan sambung ulang kaji mengenai ketagihan.

Suka untuk saya ulang banyak kali,

SEMUA BENTUK KETAGIHAN MEMBERI KESAN NEGATIF YANG HAMPIR SAMA SECARA NEUROLOGI DAN MENYUMBANG KEPADA KEMEROSOTAN FUNGSI OTAK


Otak adalah satu organ komples mengandungi berbillion neuron yang membentuk rangkaian komunikasi berperanan dalam proses pemikiran serta pembentukan emosi.

Otak juga berperanan memberi ganjaran ‘kenikmatan’ kepada tubuh. Contohnya bila lapar anda makan, dan setelah anda makan anda rasa kenyang. 


Kenikmatan itu yang mengajar diri individu untuk meneruskan kelangsungan hidup. 

Senang cakap ganjaran kenikmatan tu sebagai salah satu biological motivation dalam hidup anda. 

Jadi apa kaitan dengan ketagihan? Sebelum itu tahukan anda apakah neurochemical yang terlibat dalam memberi ganjaran ‘kenikmatan’ semula jadi tersebut?  Ya, Dopamin. 


PERANAN DOPAMIN DALAM OTAK ANDA

Dopamin lah yang berperanan membantu memberikan anda natural motivation agar melakukan sesuatu yang baik untuk tubuh badan anda.

Contohnya bila anda tolong orang yang dalam kesusahan dan rasa seronok (ganjaran kenikmatan), jadi dopamin ni lah yang akan mendorong anda (natural motivation) untuk bantu orang lagi.

Contoh lain macam hubungan seks yang sihat antara suami dan isteri, dopamin berperanan dalam menstimulasikan perasaan kenikmatan semula jadi ini kepada anda. 

Mudah cakap segala nikmat hidup yang Allah kurniakan kepada anda!


KESAN KETAGIHAN BOLEH DILIHAT PADA KADAR DOPAMIN DIKELUARKAN OTAK

Cuba anda fikirkan. Dopamin berkaitan dengan pleasure system yakni memberi ‘kenikmatan’ biologi kepada diri anda. 

Secara semula jadi kadar dopamin yang dikeluarkan otak adalah bersepadan dengan tabiat yang dilakukan. 

Dadah ni bahayanya dia dicipta untuk hijack otak. Bahan chemical dalam dadah tu telah mengganggu otak dengan memaksa mengeluarkan dopamin dalam kuantiti yang banyak. Situasi ni kita panggil dopamine surges.


APA KESAN DOPAMIN YANG BERLEBIHAN

Anda mesti pernah dengar kan situasi di bawah

“Mula-mula saya hanya hisap rokok. Lepas tu adalah ambil pil khayal macam ecstacy sikit. saja cuba bukan banyak pun. Kemudian dah lama rasa macam tak puas saya ambil syabu. Sekarang ni saya ambil dadah lagi kuat jenis apa pun tak tahu tapi kesan dia 2,3 hari”

Itulah jadinya bila dopamin yang dikeluarkan melebihi kadar semula jadi.

Lebih lama seseorang itu terlibat dengan ketagihan, semakin hilang ganjaran ‘kenikmatan’.

Sebab dopamin yang dikeluarkan telah bergantung kepada dadah yang diambil. Jadi kenikmatan hidupnya terletak pada penggunaan dadah tu? Kalau tak dapat ambil ‘barang’ itu, memang merana lah hidup dia rasa.


Baik kita akan sambung pada entri berikutnya.

Pulih dan Bina diri anda bersama PulihDiri.Com. Be Strong! Keep moving forward!


About Amirul Ramli

Menubuhkan Noetic Therapy Resources pada 2012. Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Komunikasi UIAM. Minat bidang motivasi, pembangunan diri, psikologi dan yang sama waktu dengannya. Sedang mengejar impian sebagai profesional speaker!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *