Hanya orang baik akan rasa sakit hati

Apa khabar hari ni? semoga dalam keadaan yang hebat dan relaks hari ni. Sambil saya tulis entri ni boleh dengar di luar rumah bunyi guruh nak hujan! Saya ni memang suka tengok hujan.

Okay memandangkan hari nak hujan, jadi entri hari ni pendek saja. Tulis cepat cepat jadi bolehlah merehatkan diri menikmati kedinginan hujan yang turun. 

Ada satu tajuk yang saya terbaca dalam satu buku psikologi yang pernah saya beli.

Orang baik sahaja yang hatinya disakiti.

Dapat tangkap? Apa agaknya yang dimaksudkan oleh pengkaji psikologi dengan mengatakan sedemikian?


BEZA ANTARA INDIVIDU YANG BAIK DENGAN INDIVIDU YANG KURANG BAIK

Apa kata anda cuba bayangkan seorang individu ni. Beliau tak lah jahat sangat cuma memang jenis kutuk orang, jenis pemarah, jenis cari gaduh (orang tak berapa baik).

Bayangkan individu tersebut lelaki B. Dan ada lelaki A (orang agak baik). Antara kedua dua lelaki itu, yang manakah anda rasa akan lebih mudah kecil hati?

Atau bayangkan  (berapa banyak bayangkan daa) situasi ni. Ada seorang lelaki ni marah sebab baru lepas kena saman Majlis Bandaraya sebab parking tempat kawasan salah.

Ni semua salah kau, kalau cepat sikit tak kena saman aku,” kata beliau kepada lelaki A (Lelaki agak baik)

 Ni semua salah kau, kalau cepat sikit tak kena saman aku,” kata beliau kepada lelaki B (Lelaki tak berapa baik)

 

Jadi antara kedua dua lelaki tersebut, yang mana satukah akan rasa hurt atau terkilan dengan kata-kata tersebut? Lelaki A atau lelaki B?

“Besar kemungkinan lelaki A akan rasa jauh lebih kecewa dan makan hati sebab dia..baik” 

Kalau fikir logik, anda sebagai orang yang agak baik sentiasa berusaha layan orang lain dengan baik. 

Jadi bila anda layan semua orang dengan baik, tiba-tiba ada orang lain sakitkan hati anda, pastinya anda akan rasa sangat kecewa dan bengang.

Maklumlah kita dah layan orang dengan baik, kita pun harapkan orang layan kita dengan baik.

Kalau jenis lelaki B (orang yang tak berapa baik) mungkin akan balas 

Lantak kau lah yang kena saman kau bukan aku. Siapa suruh kau parking dekat situ” 


SALAH SATU KELEMAHAN ORANG BAIK 

Itulah kelemahan orang yang baik, mengharapkan agar dirinya juga diperlakukan sebagaimana yang dia berkehendak.

Habis tu macam mana? Salah ke jadi baik? Tak kan kita kena jadi jahat pula? Jawapannya mudah.

“Jadilah orang baik, cuma jangan berharap kebaikan kita dibalas. Layanlah orang dengan kasih sayang, cuma jangan memaksa layanan itu dikembalikan. Buatlah kebaikan di dunia ini, cuma jangan menunggu ganjarannya di sini (dunia)” 

About Amirul Ramli

Menubuhkan Noetic Therapy Resources pada 2012. Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Komunikasi UIAM. Minat bidang motivasi, pembangunan diri, psikologi dan yang sama waktu dengannya. Sedang mengejar impian sebagai profesional speaker!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *