Bagaimana 15 minit senaman sehari dapat membantu memulihkan ketagihan

Apa khabar hari ni? Sihat dan kuat hendaknya. Hari ni saya cuba kongsikan satu lagi tips yang boleh membantu anda yang sedang melalui proses pemulihan ketagihan.

Okay macam yang anda dah baca banyak dalam blog ni, ketagihan menyebabkan -keseimbangan chemical dalam otak terjejas-

Dopamin contohnya dipaksa keluar terlebih


Jadi ada satu aktiviti yang boleh anda cuba lakukan setiap hari. Setiap hari tu, bukan hari ni buat esok lusa dah tak buat.

Apakah aktiviti itu? Rasanya tak perlu tanya sebab tajuk artikel ni dah bagi soalan bocor

Bersenam 15 minit sehari



Ok sebelum tu dengar sebab apa bersenam ni bagus bukan untuk bantu pulihkan ketagihan saja, dah tentunya untuk kesihatan tubuh badan anda juga. 

Jadi sebab ketagihan video lucah, atau ketagihan lain dah mengganggu keseimbangan chemical  dalam otak jadi maknanya anda perlu

“Buat satu aktiviti untuk stabilkan semula”




1. Bersenam atau sebarang bentuk aktiviti fizikal dapat boost juga chemical macam dopamin tu. 


Oleh itu bila selalu bersenam, anda akan rasa lebih tenang, lebih relaks dan yang paling penting hasilnya emosi dalam keadaan mantap.

Ada kajian yang menunjukkan senaman dan aktiviti fizikal dapat membantu mengembalikan dopamin ke paras normal.

Kalau ketagihan kan buat kadar dopamin terlalu tinggi

Jadi terbukti dengan senaman sedikit sebanyak dapat menstabilkan semula segala bentuk hormon dalam tubuh badan anda.



2. Bersenam dapat mengawal dengan berkesan dan mengurangkan stress


Haa benda yang paling penting nak pulihkan ketagihan dah tentunya elakkan diri dari stress. 

Malah ada yang kata stress jadi punca mereka ketagih sesuatu. Setuju?

Macam tu apa kata mulai hari ini anda peruntukan 15-30 minit untuk senaman. Sebab senaman terbukti dapat menyingkirkan physical stress dan juga psychological stress

Maklumlah bila bersenam kan mengeluarkan hormon hormon baik macam serotonin tu jadi bila stress hilang, emosi baik 


Senang la anda nak lawan ketagihan anda



3. Bersenam dapat meningkatkan willpower


Sebab apa willpower penting?

Sebab nak lawan ketagihan anda perlukan willpower yang kuat! Memang memerlukan kekuatan mental yang padu. 

Habis macam mana nak bina willpower dengan mudah?

“Buat satu rutin di mana ramai orang malas untuk buat malah anda sendiri rasa malas nak buat”


Contohnya macam mandi di awal pagi sebelum subuh, bukan calang calang orang boleh buat

Hanya dengan mental sekeras besi titanium mampu memaksa diri masuk dalam tandas dan mandi

Lagi lagi hujung minggu memang berat la nak mandi sebelum subuh. Tak begitu?


“Jadi bersenam ni pun salah satu cara yang boleh anda try untuk anda bina willpower”


Buat setiap hari secara istiqamah, berterusan, dalam 10 minit pun jadilah asalkan ianya continuous.

Memang ada hari anda akan rasa malas dan letih, tapi itulah dia yang akan membina willpower anda bila anda paksa untuk buat

Oleh itu bila dah maintain bersenam selama 30 hari, willpower pastinya dah makin kuat. 


Emosi dah makin stabil, mental pun dalam keadaan yang terbaik, jadi apa agaknya yang akan berlaku kepada ketagihan anda? Cuba fikirkan


Cadangan senaman

  • Berjoging selama 15 hingga 30 minit atau kalau tak mampu berjalan pun jadilah
  • Workout dengan weight training selama 15 minit atau kalau tak mampu pumping 50 sehari pun boleh la tak begitu
  • Ketuk ketampi 1000 kali terbukti berkesan melancarkan pengaliran darah ke otak. (Ok melampaulah seribu kali!)



Jumpa lagi dalam entri berikutnya!

About Amirul Ramli

Menubuhkan Noetic Therapy Resources pada 2012. Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Komunikasi UIAM. Minat bidang motivasi, pembangunan diri, psikologi dan yang sama waktu dengannya. Sedang mengejar impian sebagai profesional speaker!

Leave a Reply