TANGANI STRESS : Adakah anda hadapi stress dalam hidup dengan baik?

Apa khabar hari ni? Semoga dalam keadaan yang sihat dan positif hendaknya. Okay untuk makluman anda modul ketagihan telah pun selesai. 

Jadi modul berikutnya dalam perancangan saya untuk pengisian anda adalah modul berkaitan dengan stress. 

Jadi sementara menunggu modul stress selesai disiapkan, saya akan penuhi blog ini dengan entri yang berkaitan dengan pengurusan stress.

Sebab apa saya pilih topik pengurusan stress untuk blog PulihDiri ini? 

Sebab bila anda berjaya setelkan stress, hidup anda pastinya jadi lebih baik.


Lagi pun dulu boleh kata saya ni jenis mudah stressed out juga. Panas baran bukan main teruk lagi. Senang marah, senang kecik hati. Nasib baik tak kronik. 

Oleh itu stress management memang satu benda yang sa ya suka belajar dan pastinya bermanfaat untuk anda juga.

Apa dia? Hidup anda tak ada stress? Kamonnn.. apa apa tengok konsep asas stress dulu. 


KONSEP ASAS STRESS

Bagi saya stress macam hujan. (Saya hentam je analogi ni, tengok lah kalau nasib baik kena). 

“Stress umpama hujan. Bila hujan lebat sangat, datangnya banjir lalu tumbuhan mati. Andainya hujan lama tak turun, tanah jadi kering lantas tumbuhan juga mati. Macam mana pun kita tak boleh kawal kuantiti hujan yang turun.

Ada masa turun dengan lebat, ada masa tak turun pun setitik. Cuma kita boleh pastikan bila banjir tiba, kita letak pokok yang dalam pasu tu pada tempat yang tinggi. Kita juga boleh pastikan andai kemarau tiba, kita siram pokok yang kita tanam. “


Apa benda yang saya merepek ni? Entahlah. Haha Konsepnya macam tu. Prinsip utama pengurusan stress, kita tak boleh tolak dia. Andai hujan nak turun, turun

Ada hari yang penuh dengan stress sampai kepala kita nak pecah rasa, ada hari pula kita rasa bebas dari sebarang stress lalu rasa kosong.


KENAPA STRESS PERLU ADA DALAM HIDUP ANDA

Apa dia? kalau tak ada stress anda rasa gembira. Hmm.. rasanya anda dah tersalah konsep.

Anda rasa gembira bukan sebab tak ada stress. Anda hanya akan rasa gembira bila stress atau masalah yang datang, anda dapat selesaikan. Tiada cabaran, tiada stress hidup anda akan rasa kosong. Ada cabaran datang, dan anda mampu selesaikan itulah namanya gembira. Betul?


Jadi itulah konsep utama pengurusan stress yang perlu anda pegang dahulu. 

Cabaran dalam hidup mendatangkan stress, bila banyak sangat stress jadi bahaya, bila terlalu sedikit stress juga tak bagus sangat.

Ada yang kata hidup ni jangan stress langsung? Itu sama sekali tidak benar. Anda perlukan stress. Sebab apa? 

Teruskan bersama blog ini untuk mendalami lagi soal pengurusan stress.

Pulih dan Bina diri anda bersama PulihDiri.Com. Jumpa entri esok!

About Amirul Ramli

Menubuhkan Noetic Therapy Resources pada 2012. Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Komunikasi UIAM. Minat bidang motivasi, pembangunan diri, psikologi dan yang sama waktu dengannya. Sedang mengejar impian sebagai profesional speaker!

2 thoughts on “TANGANI STRESS : Adakah anda hadapi stress dalam hidup dengan baik?

    1. InsyaAllah kalau ikut perancangan macam tu lah. sekarang dalam proses mengumpul dan mentelaah lagi. haha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *