Anda kata duit bukanlah segala galanya. Tapi…

Hari ni dah masuk awal bulan dua. Jadi sepatutnya poket anda masih tebal lagi memandangkan baru awal bulan kan.

Macam mana pun tidak bagi saya

Gaji Januari saya masih belum masuk! Biasalah tu kadang kala ada masalah dalam mana mana pengurusan kewangan syarikat


Tapi saya bukan nak cerita pasal tu

Yang saya terfikir, kenapalah agaknya hidup kita ni kebanyakan masalah berpunca dengan duit.

Banyak duit masalah, duit sikit sangat lagilah masalah


“Alhamdulillah, setakat ni walaupun gaji saya kecil memang cukup untuk sebulan. Sebelum ni walaupun gaji 3000 macam macam masalah duit saya ada”, kata seorang rakan saya semasa melantak di kedai makan tempoh hari.


Macam mana dengan hidup anda? Adakah anda rasa tahap kewangan anda berada pada tahap yang selesa seperti rakan saya di atas? 

Atau hampir setiap bulan anda akan duduk termenung seorang diri mengenangkan kesulitan hidup dan teringin masuk rancangan Bersamamu TV3?


Ada satu kajian yang saya baca. Duit memang boleh memberi kegembiraan kepada seseorang. 

Namun hanya untuk seketika

Apabila tahap ekonomi anda dah stabil, kewangan hidup anda dah kukuh mungkin sampai di situ sajalah -gembira sebab wang.


Lepas tu anda mulalah dengar kata kata daripada orang kaya raya hartawan makan di pinggan minum di cawan

“Duit bukan segalanya. Ada duit banyak pun tak menjamin hidup bahagia”

Cuba kata ayat macam tu pada orang yang tengah ikat perut makan maggi gara gara tunggu gaji yang masuk lambat.


Habis macam mana ni. Penting ke tak duit dalam nak menjamin kebahagiaan hidup seseorang?


Saya terdengar kata kata daripada seorang ustaz melalui corong radio.

“Duit tak boleh beli ilmu, tapi nak beli buku perlukan duit. 

Duit tak boleh beli kasih sayang, tapi nak buat majlis akad nikah perlukan duit. 

Duit tak boleh menjamin bahagia rumah tangga, tapi kalau tak ada duit suami isteri boleh bergaduh. 

Duit tak boleh beli zuriat, tapi nak bersalin kos rawatan hospital perlu ingat. 

Duit tak boleh bawa mati, tapi nak naik van jenazah pun perlu bayar nanti”


Jadi duit ternyata penting. Nak hidup berjalan lancar pastikan duit mencukupi untuk keperluan asas harian.

Bila segala bentuk keperluan asas setel, hidup pun jadi lebih tenang. Nak beribadat pun senang

Tapi duit banyak untuk gembira dan jaminan hidup yang bahagia? Saya pun tak pasti. 

You tell me




About Amirul Ramli

Menubuhkan Noetic Therapy Resources pada 2012. Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Komunikasi UIAM. Minat bidang motivasi, pembangunan diri, psikologi dan yang sama waktu dengannya. Sedang mengejar impian sebagai profesional speaker!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *