4 langkah asas cara pulih ketagihan seksual seperti ketagihan video lucah dan ketagihan onani

Hai apa khabar hari ni? InsyaAllah sihat dan kuat hendaknya saya doakan. Baik artikel hari ni saya akan cuba kongsikan 4 tips berhenti tabiat menonton video lucah. 

Senang cakap ketagihan seksual atau apa juga ketagihan boleh gunakan juga tips ni. 


1. BINA DAN KEKALKAN MOTIVASI

Dalam artikel yang semalam ada saya sampaikan sebab apa penting untuk anda ada mindset yang kuat bila nak lawan ketagihan.


Jadi setiap pagi anda bangun dari tidur ingatkan diri anda – kenal pasti apa motivasi anda

“Sebab apa aku betul betul tekad nak lawan ketagihan ni? Untuk siapa aku buat semua ni?”


2. BELAJAR MENELAN ‘KEHENDAK’

Nak lawan apa juga ketagihan anda perlu paksa diri untuk berada dalam keadaan tak selesa

Anda perlu biasakan diri untuk menepis keinginan yang dilontarkan minda anda supaya buat ‘buat’ benda tu lagi.


MEMANG SUSAH

Memang mencabar dan ramai yang tak berani nak tempuh benda ni. 

Pelik kalau anda fikirkan, yela nak berhenti ketagihan video lucah tapi tak nak rasa susah berhenti itu.

Hipnosis pun hanya sekadar membantu menguatkan semangat untuk lawan saja, lambat laun anda akan sedar nak pulih ketagihan

“Anda tak boleh lari, anda mesti kena rasa susah melawan kehendak yang datang”


3. KAWAL FIKIRAN, EMOSI DAN TINGKAH LAKU

Benda yang paling penting perlu diberikan perhatian. Nak berhenti ketagihan seksual bermaksud

“Anda jangan layan fikiran seksual yang datang”


Anda perlu ada kebolehan alert dan menangkis internal trigger – Fikiran fikiran yang menarik anda untuk buat tabiat tu lagi. 

Sebab itulah dalam modul ketagihan, diterangkan dengan bersungguh sungguh sebab apa perlu training otak anda untuk kawal fikiran jahat yang datang.

Ini adalah kemahiran yang pasti membantu anda menghadapi cabaran dalam proses pemulihan ketagihan.


4. KEMBALIKAN KESEIMBANGAN HIDUP ANDA

Ketagihan mengucar kacirkan hidup anda kalau anda perasan. 

Mudah jadi pelupa, emosi tak stabil, benda simple pun kadang kala timbul masalah. Pengurusan masa cakap jangan cakap – memang hancur 

Habis sampai 2,3 pagi tak tidur lagi semata mata melayan video lucah. Bila bangun tidur penat habis semua rutin harian terganggu


Ketagihan juga buat kehidupan anda yang dulunya seronok jadi semakin hambar. 

Sebab anda telah meletakkan tabiat seksual itu sumber kenikmatan hidup utama.

“Jadi cuba kembalikan hidup anda. Penuhi rutin harian dengan aktiviti yang bermanfaat. Buatlah banyak benda best dalam hidup ni. Tak tahu nak buat apa boleh baca buku. Main pingpong ke kan. Sebab apa pingpong? Aku pun tak tahu”



Baik itulah dia tadi 4 langkah yang mesti anda lalui dalam perjalanan anda menewaskan sebarang bentuk ketagihan seksual yang anda alami.

Percayalah mula mula saja memang anda akan rasa susah tapi bila dah tempuh

Anda akan tersenyum gembira sekarang sebab dah berjaya kalahkan ketagihan tu!


Jumpa lagi dalam entri esok

About Amirul Ramli

Menubuhkan Noetic Therapy Resources pada 2012. Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Komunikasi UIAM. Minat bidang motivasi, pembangunan diri, psikologi dan yang sama waktu dengannya. Sedang mengejar impian sebagai profesional speaker!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *