Ulasan eBuku ketagihan siri ke 2 – Belasah PMO Jalan keluar untuk berhenti ketagihan video lucah atau pornografi

Alhamdulillah, eBuku ke 2 buat blog Pulih Diri ini sudah siap ditulis. Konsep asasnya sama dengan eBuku sebelum ini iaitu 30 hari ujian yang perlu anda tempuhi. 
Boleh kata dah tinggal 95 % saja eBuku untuk siap. Cuma perlu semakan dan penambah baikan saja. InsyaAllah dalam masa terdekat boleh dibeli eBuku tersebut. Macam mana pun buku ini saya kategorikan sebagai 

HardCore Mode

Awal-awal perlu saya maklumkan eBuku ini tidak difokuskan untuk semua. Mungkin untuk mereka yang ketagihan video lucahnya belum serius tak perlu untuk baca. 
Sesuai hanya untuk meraka yang berada dalam kondisi ketagihan video lucah atau ketagihan pornografi yang serius saja. Sebab training dalam eBuku ni boleh tahan serius. Jadi sesuai untuk mereka yang ketagihan lebih 10 tahun. 
Muka Hadapan

Isi kandungan eBuku Belasah PMO!
Baik antara training dalam eBuku ni melibatkan manipulasi emosi, cara nak improve tindak balas terhadap emosi, cara untuk memotivasikan diri, cara nak programkan diri bila berhadapan dengan trigger (self hypnosis) dan dah tentukan saya banyakkan kata-kata motivasi dalam eBuku ni bagi membakar semangat anda dalam usaha nak berhenti ketagihan tengok video pornografi!

About Amirul Ramli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *