Mindset yang perlu difikirkan oleh mereka yang ketagihan video lucah

Saya mulakan dengan satu soalan. Anda mula sedar anda ada ketagihan video lucah. Dan anda berusaha untuk tahan diri untuk tak tengok benda tu.

Mula mula berjaya, hari ke dua berjaya. Hari ke 5 pun berjaya. Masuk minggu ke dua anda dah rasa lain macam. Rasa tak senang duduk. Rasa tertekan dan sekali lagi anda relapse. Anda menyerah kalah dan tengok semula video lucah.

Di saat anda tension sebab susah nak berhenti tengok video lucah, ketika anda rasa down sebab macam tak jumpa jalan keluar, apa kata saya kongsikan persoalan yang mungkin akan membuatkan anda berfikir semula mengenai ketagihan video lucah yang anda hadapi.

Macam mana kalau… video lucah tu sebenarnya macam gula gula

Ya, cuba anda ambil masa untuk fikirkan apa yang saya cakap ni. Macam mana kalau rupa rupanya video lucah tu hanyalah sekadar gula gula.

Dan gula gula yang telah anda ketagih makan itu dah menyebabkan gigi anda rosak dan kesihatan badan anda merosot.

Malangnya selama ini, anda cuba untuk kawal diri, anda cuba untuk tahan diri dari makan gula gula itu.

Sedangkan gula gula hanya sekadar satu ‘benda’. Anda bukan ketagih ‘benda’ tu. Anda tahu benda tu tak bagus. Cuma anda ketagih..

Kemanisan gula gula itu

Jadi cuba bayangkan saya bagi anda stevia (tumbuhan yang manis tetapi tidak bergula). Cuba bayangkan anda rasa manis tu, anda dapat kemanisan tu jadi adakah anda masih perlukan ‘gula gula’ itu tadi?

Saya yakin anda dah mula nampak. Apa sebenarnya emosi atau ‘hasil’ yang anda perlukan dengan tengok video lucah? Video lucah hanya sekadar satu alat, anda sendiri benci bila dah tengok. Tak begitu?

Jadi apa yang anda harapkan untuk ‘rasa’ selepas tengok video lucah tu?
Anda sendiri perlu cari jawapan tu. Boleh jadi macam macam. Boleh jadi nak rasa lega, boleh jadi sebab sunyi, boleh jadi sebab anda marah, cari sebab apa sebenarnya anda tengok video lucah.

Apa sebabnya anda makan gula gula (suka benda manis), oleh itu cuba fikirkan pula apa sebabnya anda tengok video lucah.

Kalau sebab sunyi cari pasangan!
Kalau sebab marah belajar jadi penyabar!
Kalau sebab bosan penuhkan hari dengan pelbagai aktiviti!
Kalau sebab stress belajar untuk relakskan diri!

Cari apa sebenarnya yang anda nak. Sebab kalau anda dapat gantikan video lucah tu dengan sesuatu yang jelas lebih baik, pastinya bibir anda akan mula tersenyum gembira mulai sekarang.

About Amirul Ramli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *