Mari lawan ketagihan part 18

Apa khabar hari ni? Semoga terus jadi kuat dan bersemangat! Baik kita sambung kupasan buku Recover to Live. Cuba tumpukan perhatian sebab mungkin entri kali ini dapat memberikan satu bentuk pendedahan baru kepada anda. Orait!

Petikan buku
“I believe its a problem of affect dysregulation [mood swings]. Its rooted in the brain and the autonomic nervous system” m/s 164

Terjemahan petikan
“Saya rasa ia masalah melibatkan gangguan pada kitaran emosi. Ianya sebati dalam otak dan sistem saraf”

Baik apa yang anda rasa petikan di atas bermaksud? Apa agaknya yang dimaksudkan dengan ‘mood swing’? tu. Adakah mereka yang ketagih video lucah ada masalah dengan emosi mereka?

Ya itulah jawapannya.

Kalau perasan ada antara entri dalam blog ni yang saya utarakan satu soalan killer. Soalan yang kalau anda dengar mesti akan mula termenung. Nak dengar semula soalannya? Haha.. baik soalannya..

Andainya hidup anda penuh dengan kegembiraan, adakah anda masih memilih untuk duduk seorang diri dalam bilik dan tengok video lucah?

Hmm.. satu bentuk pertanyaan yang menarik. Sebab kebanyakan mereka yang ketagih video lucah selalu mengaitkan tabiat buruk itu dengan masalah emosi yang mereka hadapi.

Mungkin tension, mungkin frust, mungkin begang dengan seseorang, mungkin tertekan dengan beban kerja, mungkin bergaduh dengan seseorang, mungkin marah, mungkin sakit hati, mungkin juga sunyi..

dan disebabkan mood swing tu, ada yang menggunakan jalan mudah untuk rasa lega. Apa yang mereka buat? Tengok video lucah.

Jadi andainya anda cuba nak berhenti tengok video lucah, dan pelik kenapa asyik tak berjaya untuk kawal diri. Langkah proaktif yang perlu anda ambil dah tentunya

Belajar kawal emosi anda

Belajar macam mana cara nak berhadapan dengan stress, belajar macam mana nak menenangkan diri dan belajar macam mana nak menguruskan emosi dengan baik sebab.. macam soalan yang saya tanya tadi

Kalau anda betul betul gembira dengan hidup anda, adakah anda perlukan video lucah?

InsyaAllah terus kekal bersama blog ini, sebab saya akan penuhkan dengan bahan bahan berkaitan kawalan emosi, motivasi dan pembangunan diri. Buat masa ni saya fokus kepada isu ketagihan video lucah dulu.

P/s : Untuk belajar manipulasi emosi, kawalan emosi boleh dapatkan ebuku ketagihan dalam blog ini

Baik pembaca, jumpa lagi dalam entri berikutnya

Amirul Ramli
23 Januari 2017
Be strong! Keep moving forward!

About Amirul Ramli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *