Mari lawan ketagihan part 17

Apa khabar hari ini, semoga dalam keadaan yang kuat hendaknya. Baik hari ini kita sambung perbincangan kita dengan ulasan berikutnya buku ketagihan yang best iaitu Recover to live. Saya pasti ia dapat memberi manfaat yang besar buat anda.

Petikan buku
“Depression affects many people with sex addictions; 17 percent of them have attempted suicide and 72 percent have considered it” m/s 163

Terjemahan petikan
“Masalah kemurungan banyak menyerang mereka yang berhadapan dengan ketagihan seks. 17 peratus mereka cuba untuk bunuh diri manakala 72 peratus lagi ada memikirkannya”

Baik kalau kita tengok balik fakta di atas iaitu17 peratus cuba bunuh diri disebabkan ketagih seks merupakan kajian di luar negara. Jadi tidak ada kaitan langsung dengan negara kita, Malaysia.

Macam mana pun secara pokok ada satu kaitan yang sangat kuat! Iaitu mereka yang ketagih seks akan terdedah kepada risiko kemurungan!

Adakah anda bersetuju? Andainya anda terlibat dengan ketagihan video lucah atau pornografi pastinya menyedari yang emosi anda mudah untuk tak stabil dan rasa down.

Ada banyak sebab kenapa ramai yang murung, atau down disebabkan ketagihan pornografi ini. Antara yang paling jelas dah tentunya disebabkan kegagalan mereka mengawal kehendak sonsang tersebut.

Bila keinginan atau kehendak nak tengok video lucah tu datang, mereka seolah olah dibuli oleh nafsu seks sendiri. Sedangkan mereka tahu video lucah tu satu benda yang kotor, dan minda rasional mereka menolak untuk tengok tapi mereka tak dapat nak mengawal diri.

Walaupun otak kata jangan, namun tubuh tetap bergerak ke arah video lucah

Itulah antara penyebab utama mengapa mereka yang ketagih video lucah rasa down terhadap diri mereka lantas membawa kepada kemurungan.

Jadi apakah langkah seterusnya perlu anda buat?

Bina kekuatan, latih kemahiran dan belajar teknik untuk mengalahkah ketagihan  video lucah itu. Jangan main hentam buta. Sebab tanpa teknik dan training yang berkesan, pasti anda akan kembali semula kepada tabiat itu.

Jadi lawan ketagihan video lucah! Atasi kemurungan dan nikmati keseronokkan hidup anda sepenuhnya!

Jumpa lagi dalam entri berikutnya

Amirul Ramli,
21 Januari 2017
Be strong! Keep moving forward!

About Amirul Ramli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *