Mari lawan ketagihan part 15

Apa khabar hari ni, baik hendaknya. Semoga setiap hari yang berlalu anda akan jadi lebih kuat dan bertenaga meneruskan hari yang mendatang. Pagi ni saya dapat satu ilham!

Saya bercadang untuk bangunkan lagi blog ini dan cuba untuk capai beberapa target

1.  Menjadikan blog ini sumber informasi nombor 1 di Malaysia berkaitan dengan pemulihan ketagihan
2. Mengemas kini blog dengan blog post baru setiap hari (insyaAllah)
3. Menambah niche motivasi dalam blog ini

Senang target tahun 2017 ni, sy akan jadikan blog ini lebih cantik, beli hosting semua tu, kire dah tak guna blogspot. Yang saya macam seronok mungkin sebab nak jadikan blog ni sebagai ‘motivational blog’.

Sebab suka baca dan ikuti blog blog motivasi, jadi bila saya dapat kongsikan di sini melalui penulisan saya, pastinya sy juga dapat memotivasikan diri saya sendiri.

Okay cukup la tu cakap sorang sorang. Kita terus dengan ulasan buku Recover To Live. Buku yang sangat baik berkaitan isu pemulihan ketagihan.

Petikan buku
A healthy person would say, ‘There’s no way i would do that again.’ An addict might say, ‘There’s no way I will ever let myself get caught again.’ M/s 163

Terjemahan petikan
Orang yang sihat akan kata ‘tak mungkin aku akan buat benda tu lagi’. Manakala orang ketagih akan kata ‘tak mungkin aku akan biarkan diri aku terkantoi lagi’.

Haha. Petikan yang kalau kita baca balik rasa kelakar ada, rasa sentap pun ada. Macam mana pun petikan ni hanya sesuai merujuk kepada orang yang dah ketagih, tapi tak cuba nak pulihkan diri.

Pastinya kalau anda dah terima yang anda ada ketagihan, dan sentiasa cuba untuk pulihkan diri jadi maksudnya anda tidaklah tergolong dalam kelompok di atas.

Lagi satu kita boleh juga tengok dari sudut kesihatan mental. Anda yang ketagihan video lucah besar kemungkinan prestasi mental anda agak menurun berbanding mental mereka yang sihat.

Bukan menurun maksudnya jadi kurang pandai, mungkin lebih kepada kurang kemampuan untuk buat pilihan yang terbaik. Sebab kalau logik akal cuba pilih antara dua ni

1. Nak layan video lucah. Terpaksa bazirkan masa dan tenaga. Dan juga menanggung dosa.

2. Tak nak tengok video lucah. Masa dimanfaatkan dengan perkara yang baik.

Mana satukah yang akan anda pilih menggunakan minda yang rasional? Dah tentunya pilihan ke dua. Kita boleh tengok sebenarnya mereka yang ketagihan, memang akan ada masalah dalam memikirkan sesuatu yang rasional.

Bukan sebab tak boleh fikir, tapi sebab kekuatan untuk lakukan pemilihan yang terbaik tu dah merosot berpunca dari fungsi otak yang merosot.

Baik itu saja untuk hari ni, jumpa lagi dalam entri berikutnya

Amirul Ramli
Founder Noetic Therapy Resources
18 Jan 2017
Be strong! Keep moving forward!

About Amirul Ramli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *