Mari lawan ketagihan part 14

Hai apa khabar hari ni? Sihat hendaknya. Baik saya akan sambung ulasan buku Recover To Live. Buku yang sangat mantap berkaitan dengan ketagihan.

Petikan buku
“Thats why addicts need a lot of structure, stability and consistency. Send them off on their own and they get anxious..” m/s 162

Terjemahan ringkas
“Sebab itulah mereka yang ketagihan perlukan kehidupan yang berstruktur, stabil dan konsisten. Apabila dibiarkan bergerak sendiri akan timbul masalah..”

Okay, jadi penulis menegaskan yang andainya anda ketagih sesuatu, untuk memulihkan ketagihan itu ada perlu ubah kehidupan anda. Pertama sekali dari sudut rutin hari.

Pagi tadi selepas anda bangun dari tidur apakah yang anda lakukan? Benda apa yang anda buat? Lagi lagi kalau hujung minggu. Waktu lapang di mana tak ada apa apa aktiviti. Dan tambah pula line clear dan anda seorang saja di rumah.

Sangat bahaya berada dalam situasi berkenaan

Minda yang lapang akan diganggu oleh ‘keinginan’ atau ‘kehendak’ yang tak sepatutnya itu. Jadi mulai esok, langkah drastik yang perlu anda sedar

Nak lawan ketagihan video lucah, anda mesti penuhkan rutin harian

Manfaatkan masa yang terluang dengan sepenuhnya. Bukan bermaksud anda perlu habiskan duit keluar rumah, pergi melancong dan lain lain.

Cukup sekadar ada aktiviti yang mengisi kelapangan minda anda contohnya membaca, siapkan kerja pejabat, apa apa aktiviti yang membolehkan otak anda untuk fokus.

Kuncinya anda perlukan satu struktur bagi memenuhi rutin harian anda

Baik, perkara kedua menerusi petikan tu yang boleh anda ambil perhatian iaitu ‘konsisten’. Nak pulih ketagihan pornografi anda perlu latih diri secara konsisten setiap hari. Latih apa?

Buat sesuatu SETIAP HARI untuk mengingatkan anda akan matlamat anda

Maksudnya dalam setiap hari yang berlalu anda mesti konsisten dan at least buat satu perkara yang menyumbang kepada proses pemulihan ketagihan video lucah ni.

Jangan biarkan hari anda berlalu tanpa buat sesesuatu pun untuk menguatkan anda melawan ketagihan video lucah atau ketagihan pornografi ni.

Kalau tak sure apa yang perlu anda buat, boleh rujuk Modul ketagihan 2.0 sebab ada training yang boleh anda lakukan setiap hari. Dan training tersebut saya yakin akan dapat membantu anda.

Baik jumpa lagi dalam entri berikutnya.

Amirul Ramli
Founder Noetic Therapy Resources
Be Strong! Keep Moving Forward!

About Amirul Ramli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *