Kesan buruk onani atau melancap kepada lelaki

Apa khabar hari ni? Semoga kuat hendaknya.Baik hari ni kita akan bercakap tentang kesan buruk melancap atau kesan negatif onani kepada seseorang lelaki.

Onani di sini merujuk kepada perlakuan seseorang mengeluarkan air mani dengan sengaja (bukan bersama pasangan) atas dasar nak rasa kepuasan seksual semata mata.

Masalah ketagihan video lucah selalunya berkait dengan masalah ketagihan onani juga. Dan ketagihan onani ini juga mungkin jadi penyebab mengapa mereka yang ketagih video lucah sukar untuk tinggalkan tabiat itu.

Mungkin terlintas di fikiran anda adakah normal untuk seseorang onani atau melancap?

Jawapan ringkas. Tidak normal.

Ada yang mengatakan andai tidak keluarkan air mani boleh menyebabkan kanser prostat

Jawapan medikal. Tidak sama sekali.

Ada yang mengatakan boleh sekali sekala beronani.

Jawapan hukum onani dari perspektif islam. Pastinya amda tahu sebarang bentuk perbuatan yang memudaratkan kesihatan tidak dibolehkan sama sekali. Setuju?

Apa mudaratnya atau kesan buruk onani kepada lelaki? Baik saya senaraikan di bawah hasil dari perkongsian mereka yang ketagih onani kepada saya dan juga rujukan ilmiah

1. Onani menyebabkan diri anda lemah. Sebab air mani seseorang lelaki mengandungi protein, kalsium, zink, tenaga dan zat mineral lain .

Cuba anda fikirkan, air mani lelaki mengandungi jutaan sperma yang akan terlibat dalam proses reproduksi. Jadi adakah air mani itu mengandungi elemen elemen penting?

Dah tentu! Kita dijadikan sebagai seorang insan bermula dari air mani. Jadi pada pandangan anda, adakah boleh air tersebut dikeluarkan sesuka hati hingga menyebabkan kualiti air mani tersebut merosot lalu menghalang keberkesanan proses persenyawaan?

Untuk melahirkan anak yang sihat, anda perlukan air mani yang power (penuh mineral dan tinggi tenaga) atau air mani kualiti rendah? Cuba fikir

2. Kesan negatif onani yang kedua, ia menjadi salah satu penyebab besar mengapa seseorang lelaki mati pucuk atau erectile dysfunction. Sebab apa mati pujuk?

Onani telah menyebabkan daya sensitiviti alat kelamin seseorang lelaki itu terganggu. Disebabkan onani memaksa air mani dikeluarkan dengan cepat, ia juga menjadi penyebab mengapa ramai lelaki yang berhadapan dengan masalah ejakulasi pramatang. Atau ‘hubungan’ antara pasangan yang terlalu sekejap.

Bilangan sperma juga berkurang disebabkan onani, jadi macam mana peluang nak dapat zuriat?

Andakah anda mahu kelihatan lemah pada mata pasangan anda? Adakah anda mahu menghampakan pasangan anda dalam hubungan suami isteri? Jadi tinggalkan segera tabiat yang memusnahkan diri ini!

3. Kesan buruk onani yang ketiga, ia menyebabkan stress dan tekanan kepada minda dan juga organ seksual anda.

Bayangkan anda memaksa kepuasan seksual dengan cara ‘pantas’ sedangkan naluri seorang manusia berkehendak kenikmatan seksual daripada pasangan dengan nilai kasih sayang.

Mereka yang beronani lebih kepada pentingkan diri dan menafikan kehendak sebenar diri mereka sebagai seorang manusia normal. Tekanan daripada minda berpunca dari perasaan serba salah disebabkan onani.

4. Kesan negatif tabiat onani seterusnya ia menyebakan seseorang itu hanya fikirkan mengenai seks semata mata.

Mereka yang beronani memikirkan sesuatu imej atau bayangan menyebabkan minda mereka hanya tertumpu pada perkara seksual semata mata.

Jadi kesan buruknya sikit sikit terfikir pasal seks, tak dapat nak kawal fikiran tersebut. Ini boleh kata antara kesan yang memberi kesan kepada hidup individu.

Seseorang itu mungkin cemerlang akademik, hebat berkerja, namun sebab asyik fikir pasal seks pastinya prestasi akan merosot dan tak dapat nak capat level kehidupan yang optimum.

.5. Kesan yang paling hardcore, ia membuang masa!

Bayangkan amda sepatutnya dapat menyiapkan satu tugasan, namun kerja itu terganggu disebabkan anda tidak bertenaga dan lemah gara gara beronani.

Ianya sangat menyusahkan diri anda dari sudut kemampuan untuk berikir secara kritikal dan kekuatan memori anda juga merosot. Tak takut ke? Onani hanya memberi kenikmatan seksual yang sementara dan tidak akan mampu memberi kepuasan sebenar.

Andakah anda mahu satu hari nanti, anda hilang nafsu, hilang kehendak terhadap isteri yang anda sayangi, hilang nikmat seks, hilang segalanya disebabkan kedegilan anda yang masih nak beronani?

Hentikannya sekarang sebab anda sendiri tahu macam mana tabiat onani tu dah menyusahkan diri anda! Be strong! Keep moving forward!

About Amirul Ramli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *