Kenapa setakat ‘berhenti tengok’ saja belum cukup untuk pulihkan ketagihan video lucah

Antara perkara yang paling ditakuti oleh mereka yang cuba untuk memulihkan ketagihan video lucah adalah satu perkataan ini, perkataan yang pastinya menjadi igauan mimpi ngeri.

Dan perkataan itu adalah

RELAPSE (TERBUAT LAGI TABIAT ITU)

Yela cuba bayangkan, anda dah berusaha dengan gigih, dengan susah payah, tiba tiba datang satu desakan yang kuat lalu menyebabkan anda tewas tanpa anda sedar.

Atau… mungkin anda sedar keinginan tu datang… cuma…

ANDA TAK DAPAT MENGAWALNYA

Sebab itu dalam blog PulihDiri ini saya selalu menekankan, untuk memulihkan diri dari ketagihan pornografi anda perlu melalui satu bentuk training.

Andainya anda cuma berusaha dengan ‘berhenti tengok’ semata mata pastinya anda akan mengambil satu jalan yang sukar. Jalan yang mungkin buat anda kembali semula ke titik permulaan!

Cuba anda fikirkan sekejap. Sebab apa agaknya, untuk pulih ketagihan video lucah, setakat ‘berhenti tengok’ saja tak cukup?

Rasanya anda boleh agak sebab apa.

Sebab kehendak seksual adalah naluri semula jadi kita!

Ya, dah tentulah mustahil untuk kita lenyapkan kehendak tersebut. Lain kalau nak banding dengan ketagihan dadah. Lain kalau nak banding dengan ketagihan arak, lain kalau nak banding dengan ketagihan merokok..

Ketagihan itu semua bukan perlakuan semula jadi kita. Jadi tak jadi masalah untuk kita singkirkan

Macam mana dengan ketagihan seksual? Kehendak yang pastinya ada dalam diri setiap manusia normal.

Jika selama ini anda sering relapse mungkin ini jawapan yang anda perlu cuba untuk gengam.

Berhenti tengok  saja tak cukup, anda kena latih untuk kawal diri sebab kehendak itu sentiasa ada’

Latih kawal diri merujuk kepada belajar kawal emosi, belajar elak trigger, belajar bina willpower, belajar alert dengan fikiran dan banyak lagi. Dapatkan modul ketagihan 1.0 dan modul ketagihan 2.0 supaya anda dapat  latih untuk kawal diri

Pastinya dengan ‘berhenti tengok’ dan training setiap hari untuk mantapkan kawalan diri anda dapat membantu anda keluar dari rantaian video lucah.

Luangkan masa setiap hari untuk -latih kawal diri– supaya anda jadi seorang yang lebih kuat untuk lawan PMO!

About Amirul Ramli

One thought on “Kenapa setakat ‘berhenti tengok’ saja belum cukup untuk pulihkan ketagihan video lucah

  1. 'Berhenti tengok saja' = merujuk kepada tinggalkan video lucah dengan harapan bila dah lama tak tengok akan pulih. Tapi setakat 'berhenti tengok saja' tak cukup, sebab kehendak seks sentiasa ada.

    'Berhenti tengok' + Training = merujuk kepada dalam masa yang sama bina kekuatan utk kawal kehendak seks itu. Sebab kehendak seks naluri semula jadi jadi sentiasa ada. Jadi nak tak nak perlu training teknik2, ilmu, hipnosis, semua tu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *