Kebaikan meninggalkan tabiat menonton video lucah part 2

Baik, luahan yang dikongsikan di bawah merupakan kenyataan sebenar oleh orang yang memulakan perjuangan membebaskan diri mereka daripada ketagihan pornografi.

Pastinya dengan baca luahan di bawah akan membuatkan anda lebih bersemangat untuk lawan!

“HARI ni hari ke 25 aku tanpa PMO. Aku rasa hebat! Aku rasa betul betul bersemangat bila buat sesuatu kerja. Semua orang dekat tempat kerja mesti tengok aku pelik. Impian aku dalam hidup dah mula kembali. Aku bersyukur terlibat dengan NOFAP ni (tinggalkan PMO).

Hidup aku nampaknya berubah dalam sekelip mata. Sebelum ni aku anti sosial, murung dan emosional. Setiap hari aku buka laman web lucah untuk rasa seronok. Tapi hanya sekejap lepas tu akan rasa loser. Aku rasa loser sebab asyik berulang tabiat ni.

Aku sendiri tak percaya sebelum ni aku mudah risau dan nervous. Tapi sekarang dah lain. Aku macam baru bangun dari mimpi ngeri. Aku rasa ada kekuatan dalam diri aku. Aku suka dengan diri aku sekarang!”

(Perkongsian pengalaman di atas diambil daripada website NOFAP Community)

Be strong! Keep moving forward!

About Amirul Ramli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *