2 faktor penentu seseorang itu akan mula serious pulihkan ketagihan video lucah

Apa khabar hari ni? Semoga kuat dan bersemangat hendaknya! Selamat cuti tahun baru cina. Saya sekarang pun masih berada di kampung lagi.
Petang ni baru saya balik ke KL.

Macam mana pun update blog tetap kena buat, maklumlah nak menjadikan blog PulihDiri ni blog self development yang top dalam Malaysia. Hehe

Ok kita terus pergi 2 benda yang jadi penyebab seseorang itu berubah. Memandangkan niche blog ni masih berkaitan dengan ketagihan pornografi jadi kita fokus dalam aspek tu.

Dua faktor ni lah yang menjadi titik perubahan buat seseorang. Satu keadaan di mana anda mula sedar yang perubahan perlu dilakukan dalam hidup anda

DENGAN KADAR SEGERA

Baik faktor yang pertama buat seseorang mula berusaha pulihkan ketagihan video lucah

1. Nak berubah sebab mengimpikan untuk ada kehidupan berkeluarga yang normal. Hidup bersama dengan pasangan dengan ikatan yang sah dan hubungan yang sihat. Menginginkan zuriat agar dapat membuatkan hidup lebih bernilai.

(Boleh baca artikel video lucah penyebab mati pucuk dalam blog ini)

Ini adalah satu titik perubahan yang positif. Anda mulai rasa inginkan hidup normal tanpa pornografi yang merantai jiwa. Sampai bila nak biarkan video lucah mengawal minda anda? Betul tak?

Jadi disaat anda impikan hidup berkeluarga, hidup bersama dengan pasangan yang disayangi malah mempunyai cahaya mata. Pastinya ia akan memberi anda satu motivasi besar.

SEBAB ANDA BERHAK PILIH HIDUP BAHAGIA

Anda inginkan hidup yang sihat dak tak terbelenggu oleh sebarang bentuk ketagihan.

ANDA MENGEJAR HIDUP GEMBIRA

Jadi disaat itulah, hati anda akan mula terdetik untuk berusaha bersungguh sungguh memulihkan ketagihan yang anda hadapi.

Baik faktor perubahan seterusnya

2. Hidup anda telah dimusnahkan oleh video lucah. Hidup anda telah ditonggang terbalikkan oleh ketagihan pornografi yang anda miliki

Prestasi kerja merosot, pengurusan masa seharian teruk, tidur malam yang tidak berkualiti, keyakinan diri yang semakin menghilang, tekanan emosi yang semakin meningkat, gangguan mental yang semakin tak terkawal hingga menyebabkan

KEMURUNGAN BERLAKU

Ramai yang mula berusaha untuk lawan tabiat menonton video lucah apabila hidup mereka mula terganggu.

Agak menyedihkan sebab pada situasi ini, ketagihan yang dihadapi mungkin sudah terlalu kuat sehingga individu merasakan sudah tiada jalan keluar.

Sedikit demi sedikit mereka mula melawan ketagihan tersebut.

Ramai yang relapse semula, mungkin yang berjaya memulihkan diri mereka hanya segelintir individu yang mencari, membaca, mengkaji berkaitan ketagihan ini melalui blog blog dan buku buku ilmiah.

Dan dengan usaha yang bersungguh sungguh dan pendedahan yang betul, pastinya anda juga akan mampu membebaskan diri anda.

Baik itulah dia tadi dua faktor yang menjadi titik permulaan perubahan hidup anda.

Saya yakin anda akan pilih faktor yang pertama, jangan biarkan diri anda dimusnahkan baru nak bersungguh sungguh lawan PMO.

Jadi sekarang ini, mampukan anda berkata

CUKUPLAH APA AKU DAH BUAT SELAMA INI

Jumpa lagi dalam entri berikutnya!
Be strong! Keep moving forward!

About Amirul Ramli

2 thoughts on “2 faktor penentu seseorang itu akan mula serious pulihkan ketagihan video lucah

Leave a Reply