Perlukah anda meluahkan masalah ketagihan video lucah anda kepada orang lain?

Pada pandangan anda, perlu ke luahkan?

Bukan ke benda tu aib? Dan dosa kan sepatutnya jangan diberitahu dekat orang lain.

Macam mana pun dalam situasi ketagihan video lucah, besar manfaatnya bila anda meluahkan kepada seseorang.

Dengan syaratnya

Luahan itu perlulah kepada orang yang betul

Masa saya dekat universiti, ada seorang kawan baik luahkan masalah ketagihan video lucah yang dia hadapi. Mungkin pada waktu tu saya tao dapat buat apa-apa, namun saya yakin dengan keberanian dia untuk luahkan tu

DIA DAPAT MOTIVASI YANG TINGGI UNTUK BERUBAH

Memang ianya membuka aib, tapi jika diluahkan kepada orang yang betul. Pasti dapat memberi satu bentuk sokongan untuk berhenti tabiat buruk tu.

Kalau nasib baik, mungkin orang tu akan selalu mengingatkan anda yang anda perlu kuatkan diri untuk berubah.

Jadi kalau anda nak luahkan, pilih orang yang memahami, dapat berahsia dan dapat memberi anda semangat. Atau luahkan saja pada

SAYA

Ya, luahkan juga kepada saya masalah ketagihan anda di amirulramli1990@gmail.com , saya boleh beri sedikit sokongan, dan apa yang penting bila anda luahkan

Anda dah mulakan langkah pertama dalam proses pemulihan ini.

Be strong! Keep moving forward!

About Amirul Ramli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *