Mari lawan ketagihan part 9

Apa khabar? Saya sekarang kat KL. Esok baru balik rumah dekat Muar. Baik sambungan ulasan buku Recover to Live.

Petikan buku
“I can tell you that you can recover from a toxic compulsion on your own. But it took me 10 years to gather information and accumulate the experience that I needed to break free of my compulsion” m/s xxxvii

Terjemahan petikan secara ringkas
“Saya boleh katakan yang anda boleh pulih ketagihan dengan sendiri. Tapi ia mengambilmmasa 10 tahun untuk saya belajar, kumpulkan maklumat, dan bina pengalaman barulah dapat pulih ketagihan”

Sebelum tu.. saya harap anda dapat menerima pendapat penulis di atas tu dengan hati yang terbuka.

Saya tahu anda dah tak nak tengok lagi video lucah, anda pun dah tak suka dah benda kotor tu, malangnya sifat ketagihan buat kacau hidup anda.

Kalaulah saya tahu cara untuk anda pulih ketagihan sekelip mata pasti saya segera tolong anda.

Lihatlah luahan penulis tu sendiri, dia ambil masa hampir 10 tahun barulah dia dapat pulihkan ketagihan dia.

Saya kalau boleh tak suka cakap benda ni, tapi memandangkan anda dah mulakan perjalanan nak pulihkan ketagihan jadi rasanya perlu saya katakan benda ni

NAK PULIH KETAGIHAN AMBIL MASA

Susah nak cakap, sebab ketagihan anda bergantung pada berapa lama dah anda buat benda tu. Kalau ketagih video lucah sejak bila ketagih?

Yela, katakan dah lebih 10 tahun tengok video lucah malah melancap sekali, adalah dalam masa 10 hari boleh pulih?

Kalau dah lebih 10 tahun merokok boleh ke dalam masa beberapa hari berhenti?

Ianya satu proses yang agak sukar dan mengambil masa. Tapi ada berita baik.

SEBAB ITULAH PENULIS TU TULIS BUKU TU!

Mudah mudahan dengan ilmu yang dia sampaikan dapat mempercepatkan lagi proses pemulihan ketagihan anda.

Walaupun orang tak percaya anda boleh berubah, atau walaupun anda sendiri tak percaya anda boleh berubah..

Saya tetap percaya

Sebab..

Ianya mampu dicapai, asalkan anda terus genggam jari jemari kuat dan sentiasa bergerak ke depan.

Jumpa lagi esok!

Sekian
Amirul Ramli
Founder Noetic Therapy Resources
17/12/2016
Be strong! Keep moving forward!

About Amirul Ramli

3 thoughts on “Mari lawan ketagihan part 9

  1. Mak ooii lama nya!! Ooo rupa-rupanya penulis buku ni pn seorang yg pernah mengalami suatu bentuk ketagihan rupa nya..ok xpe in Shaa Allah sekurg2 nya perjuangan kena diterus kan walau pn ambil masa yg sgt lama…

  2. Ohh yang 10 tahun tu sebab penulis tu main redah je lawan ketagihan dia. Tak ade tips, takde teknik, hanya pengalaman. Sebab tu dia ambil keputusan tulis buku tu untuk share. haha.. Insyaallah kalau kuat, sungguh sungguh lakukan teknik yang betul, mase tu tak lama sekejap je. ��

  3. Ooo hebat penulis ni.dia usaha jugak walau pn xde teknik..ermm tu lah kdg2 sy kagum dgn kegigihan org2 putih di luar sana yg brjuang utk nofap, ramai yg berjaya padahal mereka tu bukan lh org islam yg ada apa-apa larangan yg keras untuk fap..kejayan mereka menyebabkan sayarasa terinspirasi bahkan kdg2 jdmalu dgn diri sendiri sbg org islam yg terjebak dgn perkara yg jelas diharamkan agama islam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *