Mari lawan ketagihan part 8

Apa khabar hari ni? Mari kita sambung ulasan buku Recover to Live. Setakat ni macam mana? Best kan buku ni

Petikan buku
“..what you need to do is to find out what your addiction means and then substitute with new activities” m/s xxxvi

Maksud petikan
“..apa yang perlu anda buat adalah cari maksud tersirat di sebalik ketagihan anda dan buat aktiviti yang bertepatan dengannya”

Agak menarik kalau anda dah dapat tangkap maksud petikan tu. Andainya anda ketagih video lucah, atau ketagih sesuatu pasti proses pemulihan anda akan bertambah mudah kalau dapat gigit konsep ni.

Baik, contoh maksud untuk petikan tu macam ni.

Ada seorang ni ketagih berjudi. Jadi apakah sebenarnya yang tersirat dalam ketagihan berjudi dia tu?

Bila dia fikir fikirkan baru dia perasan. Dia sebenarnya sukakan perasaan gembira bersama kawan kawan. Seronok ketawa bersama sama contohnya bila main poker.

Malangnya dia melayan perasaan tu dan ketagih berjudi. Tapi kalau dia bijak, dia sedar maksud tersirat di sebalik ketagihan dia tu..

Dia boleh ajak kawan kawan dia main permainan lain yang tak melibatkan perjudian, tak kiralah game ape pun, asalkan ianya sihat.

Boleh nampak kan?

Maksudnya gantikan ketagihan tu dengan sesuatu yang sihat, yang turut memberi unsur tersirat hampir sama.

Contoh ketagih video lucah. Cuba fikirkan sebab apa anda ketagih benda kotor tu.

Boleh jadi orang yang ketagih video lucah ni rasa sunyi, jadi dia rasa perlukan satu jalinan hubungan dengan orang lain.

Malangnya boleh pulak pegi tengok porn star dan dalam masa yang sama melancap seolah olah satu hubungan seksual telah berlaku.

Habis apa yang perlu buat? Bagi yang dah mencapai umur yang sesuai, apa kata berkhawin.

Memang cakap senang tapi ingat, dengan perkhawinan pastinya anda dapat perlindungan dalam menjauhkan diri anda dari maksiat.

Macam mana pun kena fikirkan, ada orang yang dah khawin pun masih layan video lucah. Jadi berbalik semula pada pokok pangkalnya. Apa yang buat nak sangat tengok benda kotor tu?

Jumpa lagi dalam ulasan berikutnya

Sekian,
Amirul Ramli
16/12/2016
Be strong! Keep moving forward!

About Amirul Ramli

One thought on “Mari lawan ketagihan part 8

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *