Mari lawan ketagihan part 5

Baik berjumpa lagi kita hari ini untuk sambungan ulasan buku Recover to Live.

Petikan buku
“For the most part, emotional dysregulation is why people go to addictive substances in the first place. The have difficulty regulating feelings, trying to feel better, seeking solutions to emotional states” m/s xxvi

Terjemahan petikan secara ringkas
“Hampir keseluruhannya, masalah menguruskan emosi adalah sebab kenapa orang tertarik untuk ketagih sesuatu yang menyeronokkan. Mereka gagal mengawal perasaan, dalam usaha untuk cuba rasa emosi yang lebih baik”

Mereka yang terjebak dalam ketagihan ni boleh kata macam tu. Ada masalah dengan emosi mereka.

Cuba anda bayangkan,

Anda hidup gembira giler! Anda ada kerja yang seronok. Bos yang baik. Duit sentiasa cukup. Anda ada ramai kawan yang gelak ketawa bersama anda. Anda ada orang yang anda sayangi sentiasa bersama anda. Anda sangat sangat bahagia! Bibir tu memang asyik senyum. Anda gembira sangat sangat dengan hidup anda jadi

Adakah anda…

Nyorok dalam bilik dan layan video lucah, melancap dan melempiaskan nafsu SEORANG DIRI DALAM BILIK.

Sengaja saya bold kan perkataan

SEORANG DIRI DALAM BILIK
(Merujuk kepada diri individu yang kesunyian, yang tak gembira, yang cuba lari dari dunia realiti, yang bergantung dengan video lucah unsur seksual semata mata untuk menaikan emosi dirinya)

Jadi cuba kita sama sama fikirkan sekali lagi

Kalau kita gembira, kalau kita bahagia, adakah kita akan tertarik untuk buat ‘kebahagiaan’ palsu tu?

Memang betul, dunia ni mana ada selalunya gembira. Kadang kadang mesti kita rasa tertekan. Betul tak?

Sebab tu dalam petikan di atas tulis,

MENGURUSKAN EMOSI

Hari esok mungkin kita akan marah sebab sesuatu benda tak best jadi,
Jadi agaknya mampu tak kita nak mengawal emosi tu?

Lusa mungkin anda rasa stress! Tapi adakah anda nak release stress dengan tengok video lucah?

Oleh itu, yang terbaik adalah bukan setakat belajar cara pulih ketagihan dan belajar teknik macam macam..

ada satu lagi benda penting yang perlu anda lakukan

UBAH DIRI SEPENUHNYA

UBAH PEMIKIRAN ➡ UBAH EMOSI ➡UBAH KELAKUAN➡HIDUP BERUBAH!

Jumpa lagi dalam ulasan buku esok!

Sekian
Amirul
13/12/2016
Be strong! Keep moving forward!

About Amirul Ramli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *