Mari lawan ketagihan part 4

Baik semoga anda sihat hendaknya hari ini. Sambungan ulasan buku Recover to Live

Petikan buku
There is an old saying, if you think youve got a problem, you probably do” m/s xxii

Terjemahan langsung
“Ada pepatah lama, kalau anda rasa ada ada masalah, mungkin memang anda ada masalah”

Petikan buku yang bagi saya agak menarik. Sebab rasanya anda sendiri pernah jumpa orang yang ketagih satu benda ni

Tak kiralah ketagih video lucah ke, ketagih melancap ke, ketagih internet ke, ada yang merasakan benda tu dibawah kawalan mereka. Mereka perasan kadang kadang ketagihan tu mengganggu rutin harian mereka, tapi buat tak tahu je.

Dan dari situlah masalah ketagihan jadi semakin serius. Sebab tak address the problem.

Bagi mereka yang ketagih video lucah contohnya, mungkin lebih suka terperap dalam bilik sendirian. Sampai bila kawan ajak keluar tak nak join sekali. Lama ke lamaan social skill berkurang, jadi seorang yang pasif, dan , menyendiri.

Mungkin pada awalnya mereka perasan masalah tu, dan sepatutnya bila perasan terus lakukan lakukan proses pemulihan. Terus cuba atasi masalah tu. Terus setelkan masalah ketagihan video lucah tu contohnya sebelum ia jadi serius.

Anda orang yang sampai dah khawin ada anak layan video lucah lagi, sebab apa? Sebab bila dah lama lama mereka tak dapat lagi nak kawal diri sebab ketagihan (mereka tak sedar ketagihan) tu dah jadi kuat.

Oleh itu, cuba tanya diri anda. Bukan setakat video lucah, malah media sosial contohnya, andainya ada perasan ia dah ganggu rutin harian anda sampai siap kerja lambat

Jadi perlu fikirkan ini sekali lagi.

“Aku ada masalah ketagihan ke?

Sebab

if you think youve got a problem, you probably do

Jumpa lagi ulasan buku Recover to Live esok

Sekian,
Amirul
12 Disember 2016
BE STRONG! KEEP MOVING FORWARD! 😤

About Amirul Ramli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *