Mari lawan ketagihan part 3

Apa khabar? Gembira saya harap. Baik sambungan ulasan buku Recover to Live

Petikan buku
“..And like asthma or cancer, addiction treatment needs to be focused on healing the brain of its disease, and not merely on fixing the addiction” m/s xviii

Terjemahan lansung
“..Dan seperti penyakit asma atau kanser, rawatan ketagihan perlu difokuskan kepada ‘pokok’ utama penyakit,  dan bukan hanya bergantung memperbaiki ketagihan semata mata

Selanjutnya dalam buku ini mengaitkan bahawa ‘pokok’ utama yang perlu difokuskan bagi merawat ketagihan adalah

KESIHATAN MENTAL

Atau kita boleh kata berkait dengan kesihatan otak kita. Kalau kita sama sama fikir pun logik,

Analogi dia macam ni.

Anda kayuh pendayung sampan untuk sampai ke seberang melepasi sungai. Dan tengah kayuh tu anda rasa kaki anda basah. Tengok tengok, sampan tu bocor.

Logik ke anda terus kayuh dengan gigih tanpa menghiraukan bocor tu. Lantak lah bocor tu yang penting aku nak sampai ke seberang

Lebih kurang macam tu dengan ketagihan.

Mereka yang mengalami sebarang bentuk ketagihan yang serius, merokok, tengok video lucah, ketagihan seks, pil khayal, fungsi otak mereka akan merosot.

Dan kalau otak tu sendiri secara fizikalnya dah merudum, bolehkan lagi berlaku perubahan? Bolehkan lagi sampan tu nak sampai ke seberang kalau bahagian dasarnya bocor?

Jadi dah tentu anda perlu

BAIKI SAMPAN

Jadi dah tentu anda perlu

BAIKI OTAK ANDA

Sihatkan semula otak anda. Kuatkan semula mental anda dan barulah anda boleh jadi orang yang baru!

Caranya agak memakan masa namun berkesan. Ada kaitan dengan improve prefrontal cortex pada bahagian otak. Antaranya dengan ‘mindfulness’.

Untuk penerangan yang lebih jelas diterangkan dalam ebuku MASANYA SUDAH TIBA, yang dimuat turun bersama dengan modul ketagihan.

Kalau nak bagi tips ringkas macam ni, latih otak anda untuk fokus. Contohnya.. baca seberapa banyak artikel dalam blog ini untuk 15 minit.

Mungkin rasa susah, rasa nak bukak instagram, rasa nak tengok TV, tapi percayalah dengan kuatkan kemahiran fokus anda, kesihatan otak anda semestinya bertambah baik!

Jumpa lagi esok ulasan berikutnya

Sekian
Amirul
11/12/2016
Be strong! Keep moving forward!

About Amirul Ramli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *