Mari lawan ketagihan part 2

Baik sambungan ulasan buku Recover to live

“..we are all addicts, and its often just a matter of degree..” m/s xvii
(Petikan buku)

Anda setuju tak dengan apa yang dia cakapkan tu? Dia cakap kita semua ketagih kepada sesuatu. Bezanya ada yang ketagih teruk, ada yang ketagih sikit.

Saya suka media sosial. Daripada zaman friendster, lepas tu myspace, lepas tu ade tagged, kemudian mula facebook, sekarang instagram pula, memang dalam satu hari tu mesti ada tengok media social ni.
Lagi lagi semua dah jadi mobile based app kan.

Sampai ada satu ketika ni, saya macam saje saje tak nak tengok fb, insta semua selama satu jam. Sebab sy nak tengok drama waktu tu. Kononnya nak fokus. Tapi dlm 10 minit lepas tu tanpa sy perasan sy bukak jugak insta!  (Ketagihan)

Jadi bila perasan macam tu, saya ambil keputusan untuk disiplin kan diri dalam guna media social ni. Contoh bila buat kerja, jangan bukak langsung. Lama kelamaan okay la sikit. Ni pun dalam usaha nak kurangkan.

Jadi bagi saya petikan dalam buku tu boleh kita anggap betul. Memang kita semua suka, minat, gemar, ketagih buat sesuatu. Bezanya adakah ianya teruk ataupun tak.

Jadi satu cara yang boleh anda ambil untuk berhenti tengok video lucah & berhenti melancap ni dengan

Mula ubah ketagihan yang kecil.

Contohnya suka sangat layan movie dalam laptop berjam jam sampai tak siap kerja, bina willpower anda sedikit demi sedikit, setelkan ketagihan yang kecik tu dan

Ketagihan video lucah in no time mesti dapat lawan.

Jumpa lagi untuk ulasan berikutnya esok.

Sekian
AMIRUL
10 Disember 2016
Be strong! Keep moving forward!

About Amirul Ramli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *