Macam mana nak tahu kalau anda dah ketagih video lucah

Soalan yang sebenarnya tak perlu nak dijawab. Sebab anda sendiri tahu menonton video lucah adalah haram dan tak sepatutnya dibuat.

Macam mana pun, golongan remaja memang mudah terdedah kepada aktiviti tak senonoh ni memandangkan pemikiran masih lagi dalam proses kematangan.

Ada yang menonton video lucah mula mula sekadar saja saja. (Jangan berdosa). Yela mula mula konon saja saja atau tertengok. Lama kelamaan bila dah kerap kali tengok, mulalah akan datang satu daya tarikan.

Sebab seks ni satu benda kenikmatan semula jadi buat kita semua, dan secara lumrahnya memang ia satu bentuk nikmat yang dikurniakan kepada kita.

Malangnya nikmat yang sepatutnya hadir atas nama perkhawinan tu kini dicari menerusi laman laman web sahaja. Tengok porn, melancap  dan rasa kenikmatan palsu tu.

Sebab tu ketagihan mula berlaku, andainya anda kerap kali menonton videp lucah ada pastinya akan rasa ‘best’, rasa ‘seronok’ walaupun hanya untuk beberapa saat.

Jadi macam mana nak tahu kalau anda dah ketagih video lucah

Mudah.

Satu benda tu boleh kata dianggap ketagihan bila tabiat tu mengganggu hidup anda, tapi anda masih buat juga.

Contoh main facebook, anda ada kerja yang perlu disiapkan dan hantar esok. Tapi anda masih lagi main facebook, online, stalk kekasih lama, dan bila anda perasan dah tak sempat nak siapkan kerja tu.

Jadi itulah ketagihan. Segala benda yang mendatangkan kemudaratan dan kesusahan kepada kita, namum kita macam dah takde daya untuk melawannya.

InsyaAllah dengan semangat, keyakinan dan teknik yang betul pasti anda mampu membebaskan diri anda dari ketagihan tu. Stay strong! Keep yourself busy!

About Amirul Ramli

3 thoughts on “Macam mana nak tahu kalau anda dah ketagih video lucah

  1. Assalamualaikumwarahmatullah…nak tanya, ada x bentuk-bentuk ketagihan yang boleh dikategorikan sbg ok?
    Yg x merosak kan otak..sbb dalam proses nk keluar dari ketagihan, spt tuan sbut dalam buku tuan, perlu wujud kan satu habit baru.ubah cara hidup.jadi saya cuba ubah dgn berlatih main rubik cube.saya nak tahu dan kdg2 risau jugak takut jd ketagih main rubik cube pulak, hehe

  2. wslm, bila sebut ketagihan maknanya satu benda yang tak elok untuk diri kita. Ok macam ni, apa sahaja benda yang kita gagal kawal, dan benda tu mengganggu harian kita itu dikategorikan sebagai satu bentuk ketagihan.

    Maksudnya selagi main rubik cube tu tak mengganggu rutin harian, kerja semua setel, tak ganggu urusan lain contohnya kena pergi kedai cepat tapi sebab nak main rubik cube malas pergi kedai.Haa itu yang bahaya tu.

    Dalam aspek wujudkan habit baru maksudnya buat satu perkara yang buat anda gembira. Analogi dia macam ni. Ada budak kecik tengah seronok main kereta mainan. Tiba-tiba anda ambil mainan tu. Agak-agak menagis tak dia? mesti menderita kan

    Sama macam ketagihan video lucah & sebagainya. Bila otak tu dah seronok layan blue (disebabkan hormon opiod, dopamin), agak-agak apa jadi bila tiba-tiba keseronokan tu hilang?
    Mesti rasa susah kan?

    Sebab tu kena cari satu habit baru yang boleh buat anda gembira, bermula dengan apa yang anda suka buat pun okay. Melukis ke, melancong ke, baca novel ke, memancing ke, cari satu aktiviti yang anda teringin nak buat dan luangkan masa. Berikan keseronokan buat otak anda sebab..

    lagi seronok otak anda, lagi senang proses pemulihan ni.

    Semoga bermanfaat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *