Cara kuatkan willpower anda untuk mengatasi ketagihan video lucah part 1

Willpower maksudnya boleh kata macam satu kuasa yang membolehkan anda buat sesuatu dengan kemahuan anda sendiri.

Kiranya kekuatan mental jugak ni. Macam jogging la. Teringat waktu saya sekolah menengah dulu, masuk larian merentas desa. Kalau tak silap 8 KM.

Sy bab bab aktiviti kardiovaskular ni memang lemah laa. Bukan 1 KM, keluar dari padang sekolah dah penat! Haha

Tapi ada orang mampu push kepenatan tu. Mental memang kuat bak kata kawan saya yang kuat berlari.

Memang la penat. Gila kau tak penat. Macam mana pun kau kena bagitahu diri

SIKIT LAGI, SAMPAI DEPAN TU SAJA

Lepas tu lari lagi, bila rasa dah penat sangat macam nak pengsan kena bagitahu lagi

SABAR, TAHAN SIKIT LAGI, DEPAN TU JE

Dan akhirnya berjaya tamatkan larian dengan jayanya.

Itulah dia willpower. Satu kuasa yang membolehkan anda capai sesuatu yang hebat dalam hidup.

Dengan willpower yang kuat, memang macam macam anda mampu capai.

Ketagihan video lucah?

No problem senang je untuk katakan

TAK NAK TENGOK

Orang yang willpower kuat confirm boleh control pemikiran dia. Cumanya yela, bila dah ketagih video lucah atau apa apa ketagihan ni,

Otak secara fizikalnya dan merosot. Boleh kata macam enjin kereta tu dah tak berapa elok, jalan boleh jalan tapi macam macam bunyi keluar.

Maklumlah macam macam bendalir ‘minyak’ keluar masuk enjin.

Jadi bila keupayaan otak merosot, willpower pun merosot. Bila kemampuan enjin kereta dah merosot, nak sampai 80 km/j pun nak berasap dah.

BERSAMBUNG

About Amirul Ramli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *