Aplikasi sesuai salah satu cara mengatasi ketagihan video lucah

Ada satu aplikasi yang sangat best andainya anda dalam proses pemulihan ketagihan video lucah. Jadi mungkin boleh bantu anda nak berhenti tengok video lucah tu .
Tak semestinya ketagih video lucah je, segala bentuk ketagihan boleh manfaatkan aplikasi ni sebab function yang ada boleh tahan menarik.
Antara yang paling bagus
1. COUNTDOWN

Dalam apps ni ade timer dan dia akan count berapa hari anda dah berjaya. Memang bersemangat lah anda nak berjuang lepas ni. Cuba la tengok counter ni selalu dan pecahkan rekod anda
Kemudian dia ada
2. Kata-kata motivasi

Bagi saya benda ni sangat penting. Sebab nak sedar, nak start lakukan proses pemulihan memang senang. Yang mencabarnya adalah nak consisten.
Lagi pun lumrah manusia, kita kena sentiasa refresh dan naikkan semula andainya motivasi kita menurun.
Dan dengan adanya fungsi motivasi dalam apps ni pastinya dapat bantu anda untuk terus bersemangat.
Kat dalam apps tu juga menyediakan reminder supaya dapat bagi anda motivasi secara frequently. Mungkin 3 jam sehari anda dapat kata kata semangat. Kan best tu!

3. Ada ruang untuk catatan
Ok untuk fungsi ni bolehlah anda gunakan untuk mengingatkan anda pada sesuatu. Boleh jadi trigger, boleh jadi kata kata semangat untuk diri anda, atau tips tipa yang anda rasa membantu. Jadi boleh tulis dekat ruang journal tu.
Ingat ini cuma salah satu alat bantuan, apa yang penting?
Anda tahu, dan anda sedar sedalam dalamnya dalam hati anda yang
ANDA BETUL BETUL NAK BERUBAH

About Amirul Ramli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *