Apa yang anda dapat bila dah pulih ketagihan video lucah

Ada orang yang give up, putus asa, malas dah nak berusaha pulihkan diri dari ketagihan video lucah, ketagihan melancap ni.. nauzubillah bila ada yang dah anggap itu sebahagian dari keseronokkan hidup mereka.

Andainya ada sedar anda masih ketagih video lucah, sabar. Pemulihan ni adalah satu proses. Jangan anggap mudah. Ada yang sangka senang je nak berhenti, sampai satu ketika dah tak dapat kawal tewas lagi.

Dan mereka yang anggap nak pulih ni mudah, lagi tinggi peratusan untuk gagal.

Jadi apa yang perlu anda ingat biar terus bersemangat dan yakin nak berubah?

Ingat pada.. diri anda yang baru.

Apabila anda pulih, katakan 30 hari, atau 3 bulan anda berjaya mengawal diri.. jangan terkejut kalau anda perasan sesuatu yang baru dalam diri anda.

Jangan kata 3 bulan, 3 minggu pun mungkin dah boleh rasa lain.

Rasa apa yang lain tu?

1. Anda akan rasa lebih bersemangat dan bertenaga, sebab tenaga anda tidak disia siakan dan dibazirkan (melancap atau onani apabila menonton video lucah)

2. Anda rasa lebih berkeyakinan. Sebab apa jadi lebih yakin? Sebab anda berjaya disiplinkan diri anda. Nak pulih bukan sng tapi anda berjaya jadi benda tu mengingatkan anda, yang anda seorang yang kuat pendirian dan disiplin. Anda jadi lebih konfiden sebab anda bukan lagi seorang loser yang melancap (melepaskan kehendak) sambil tengok video lucah

3. Anda pastinya rasa lebih gembira. Dengan meninggalkan video lucah, anda sedar kenikmataan hidup bukan seks semata mata (apatah lagi seks depan skrin komputer), banyak benda dalam hidup ni yang boleh memberikan anda emosi gembira. Anda kini mengawal emosi yang anda rasa dan bukan lagi menyerahkan kepada video lucah untuk menyeronokkan diri anda. Anda akan lebih menikmati hidup. Trust me!

Percaya pada diri, tak kira lah berapa kali cuba dan gagal, cuba lagi dan gagal lagi, tak kira la berapa ratus kali pon,

sabarrrr, muhasabah diri, terus berdoaa agar Allah memberi anda kekuatan untuk mengawal hawa nafsu anda.

Dan anda akan rasa ke tiga tiga kenikmatan hidup kat atas tu…

as long as.. you believe it

About Amirul Ramli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *