Apa tindakan anda selepas relapse tengok video lucah

Baik, post ini ditujukan buat seorang saudara yang telah menghantar whatsapp kepada saya. Dia dah relapse atau PMO (Porn Mastrubation Orgasm) setelah berjaya mengharungi lebih dari sebulan.

Terlebih dahulu tahniah, ini satu perjuangan yang sukar dan memang mencabar macam mana pun percayalah sedikit demi sedikit anda sudah pun semakin hampir dengan garisan penamat.

Sebab perlumbaan mesti ada garisan penamat betul tak? Mesti ada punya!

Adakah anda nak give up, putus asa dan melayan kepenatan anda melawan tu? Atau

Anda nak bangun semula, kuatkan semangat, bergerak ke hadapan sedikit demi sedikit sebab anda sendiri tahu.

Asalkan sentiasa bergerak ke hadapan 

MESTI GARISAN PENAMAT ITU SEMAKIN HAMPIR.

Baik  tips yang boleh anda ambil apabila berlaku relapse

Padamkan api kecil sebelum jadi besar

Ok cuba fahami apa saya sampaikan dengan sebaik baiknya. Dan kalau anda dapat genggam konsep ni pasti anda semakin yakin dalam perjuangan ini.

Pernah tiup lilin? Mesti pernah kan. Kalau tak pernah pun bayangkan anda sebatang lilin di depan anda. Cuba tiup. Dengan sekali hembusan mesti padam kan?

Baik seterusnya contoh yang ekstrem saya bagi. Biar hiperbola sikit. Cuba sekarang tiup api yang sedang menyala di dapur gas rumah anda? Agak agak boleh padam tak? (Kalau boleh terpadam bila tiup sebab api kecil la tuuu)

Ok dah cukup main dengan api. Sekarang ni apa kaitan api di dengan isu yang kita tengah berborak ni?
senang je

Api kecil = godaan kecil
Api besar = godaan besar

Apa ada godaan kecil, godaan besar ni?

Baik saudara macam ni, cuba fikirkan. Adakah godaan besar tiba tiba datang atau godaan kecik datang dulu?

okay saya ulang sekali lagi. Godaan besar terus datang atau godaan kecik main-main datang dulu sikit-sikit?

Hmmm.. Mesti anda dah terfikir jawapannya kan.

GODAAN KECIK LAMA- LAMA JADI BESAR

API KECIK LAMA LAMA JADI BESAR

Kalau api yang kecik dengan mudahnya anda nak padamkan, bila api dah besar, bila godaan besar tu dah datang menggila barulah anda perasan,

“Alamak aku rasa tak boleh nak lawan kehendak aku ni”

Sebab tu, sebenarnya tak ada apa yang perlu anda risau. Anda sebenarnya kena yakin.

sebab kalau saya bagi lilin yang kecil, dan saya suruh anda padamkan agak agak yakin tak boleh padamkan?
mesti boleh punya.

Sebab tu kalau datang godaan yang kecil agak-agak anda mampu tak untuk lenyapkan?
mesti boleh punya.

Masalah datang bila godaan kecik tu datang dan anda terfikir

“Ah takpelah aku tengok video. Bukan video lucah pun” (Sedangkan tahu dalam video tu ada unsur unsur seks, seksi dll)

“tetiba aku rasa nak baca cerita romantik ni. takpe baca cerita je bukan ada apa-apa pun” (sedangkan tahu cerita tu anda unsur-unsur seksual, meransangkan)

ini lah maksudnya anda kena alert dengan godaan kecil. bila godaan kecil tu datang cepat cepat padamkan.
mesti boleh punya! Saya yakin kalau fikiran anda alert, waspada, dan sentiasa berjaga-jaga, bila godaan kecil tu datang dengan mudahnya anda singkirkan.Yang penting mesti kena yakin,

SEBAB..

CUBA TIUP API LILIN  YANG KECIL NI, BOLEH TAK TERPADAM?

About Amirul Ramli

2 thoughts on “Apa tindakan anda selepas relapse tengok video lucah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *