Adakah ketagihan video lucah menjadikan seseorang itu panas baran?

Agak agak ada kaitan ke ketagihan dengan individu yang panas baran? Sikit sikit nak marah. Rasanya ada tak?

Mungkin kita boleh ambil contoh yang ekstrem. Mereka yang berhadapan dengan ketagihan dadah. Macam mana kelakuan mereka?
Boleh kata kadang kadang tindakan yang mereka ambil tidak berlandaskan kewarasan berfikir kan?

Anda pun mesti pernah baca berita tentang penagih mencederakan ahli keluarga sendiri semata mata nak dapatkan duit nak beli ‘barang’. Kat situ memang jelas la fikiran tak rasional.

Sifat panas baran pun boleh dikategorikan dengan fikiran yang tak rasional, setuju?

Jadi adakah panas baran seseorang boleh dikaitkan dengan ketagihan? Tak semestinya orang panas baran ketagih sesuatu, tapi mereka yang ketagih sesuatu cenderung untuk alami panas baran.

Mana taknya, contoh ketagih video lucah. Menyebabkan pelbagai hormon dirembes kan dengan sengajanya dalam otak. Macam gula la, bila banyak sangat gula, apa jadi?

Otak tak berfungsi dengan baik, dan bila itu berlaku, fikiran seseorang jadi tak rasional.

Maksudnya bila sesuatu berlaku, dia tak dapat nak relaks dan berfikir dengan rasional. Terus nak marah je. Maklumlah kebolehan berfikir dengan waras dah merosot.

Oleh itu kalau anda ketagih video lucah, atau sebagainya. Cubalah jalani proses pemulihan, dan jangan terkejut kalau perwatakan anda mula berubah dan orang kata

Sejak bila kau jadi baik ni’

About Amirul Ramli

3 thoughts on “Adakah ketagihan video lucah menjadikan seseorang itu panas baran?

  1. Ada juga betulnya mungkin tak tepat 100 peratus. Macam mana pun ketagihan terbukti menyebabkan fungsi otak merosot, jadi bila fungsi merosot keupayaan nak berfikir secara kritikal memang merudum.

    Contoh bila berlaku situasi kawan ambil barang penting milik saudara.

    Otak yang tidak sihat = "Berani dia ambik barang aku, dah la tak mintak izin. Tak guna betul!"

    Otak yang lebih sihat = "Hmmm..mungkin ada sebab dia ambil barang aku. takpe relaks dulu. nak marah-marah pun tak guna. Nanti aku tanya dia"

    Kalau perasan otak yang lebih sihat, mampu untuk berfikir lebih rasional, dan kritikal dalam memikirkan sesuatu. Jadi fikiran lebih positif dan lebih tenang.

    Harap membantu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *