Susah ke nak berhenti ketagihan video lucah dan ketagihan onani atau melancap?

Jika anda seorang telah lama melayan kehendak seksual anda dengan menonton video lucah dan melancap (onani), pastinya anda berhadapan dengan situasi

TAK BOLEH NAK BERHENTI
SUSAH NAK TINGGALKAN
ASYIK TERTENGOK BALIK VIDEO LUCAN
TAK DAPAT KAWAL DIRI

Apakah puncanya? Apakah yang menyebabkan ketagihan menonton video lucah dan melancap satu bentuk ketagihan yang agak sukar untuk pulih? Sebab apa susah nak berhenti? Rasanya anda pun tahu.

Nikmat seksual

Seks pada hakikatnya menjadikan kita lebih gembira bersama pasangan, lebih rapat, lebih mesra dan seronok dalam perhubungan. Nikmat seks boleh dikatakan satu benda nikmat yang terindah dalam hidup manusia.

Malangnya anugerah nikmat seks itu telah dieksploitasikan dengan adanya video video lucah dan lebih teruk lagi melayan paparan tersebut dengan melancap lantas melepaskan kehendak seksual yang sepatutnya hanya diberikan kepada pasangan hidup yang disayangi

Jadi apa anda boleh buat? Andainya anda terbiasa dengan tabiat menonton video lucah ini, HENTIKANNYA SEGERA. SEKARANG

Lebih cepat anda tinggalkannya lebih bagus. Jika anda sudah lama menonton video lucah dan sudah terbiasa melancap, pasti pada permulaan anda akan rasa susah. MEMANG RASA SUSAH.

Rileks, bertenang.

Nak pulihkan diri dengan ketagihan video lucah, ketagihan melancap ni memang akan susah sebab macam saya cakap tadi. Ianya melibatkan kenikmatan yang paling indah buat manusia.

Oleh itu, langkah pertama yang boleh anda ambil sekarang.

SEDAR IA MEMANG SUSAH. MEMANG AKAN RASA SUSAH NAK BERHENTI.

Tak kira apa anda rasa, teruskan.. teruskan.. teruskan! Keep going!

Jadi ingatkan diri anda, bila mana anda merasa tak tahan, rasa gelisah, rasa tak mampu.. sentiasa ingatkan diri anda.. memang akan rasa macam tu. Lumrah akan rasa keperitan, dan kesusahan tu.

Tapi.. dengan teknik, keyakinan dan komitmen yang tingggi pastinya anda akan mampu melepasi fasa yang sukar tu. Anda boleh! Sebab anda dah baca blog ni, pastinya anda ada hasrat untuk menjadikan diri anda lebih baik. Dan itulah caranya, MULAKAN DAN RASA SUSAH TU SEKARANG

sebab hakikat hidup,

selepas kesusahan.. pasti datangnya keseronokkan yang sebenar. Percayalah!

About Amirul Ramli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *