Cara berhenti ketagihan onani dan mengatasi ketagihan video lucah

Baik, hari ni dikongsikan satu lagi, cara ringkas yang boleh anda amalkan dan cuba try buat.

Kenal pasti, waktu bila yang anda kerap tertengok video lucah tu. Selalunya ada masa kita kuat, kita takde rase pun nak buat benda tu. Setuju?

Ada masa pula seolah olah desakan untuk buat benda tu semakin kuat. Macam kita tak boleh nak lawan. Lebih menyedihkan bila kita ikutkan saja kehendak hawa nafsu dan buat benda. Lepas tu mulalah menyesal dan frust kenapa tak boleh nak berhenti tengok video lucah dan melancap tu.

Kuncinya?

Kenal pasti, awasi dan sibukkan diri anda pada ‘waktu waktu berisiko’

Waktu berisiko mungkin malam, mungkin awal pagi, mungkin ketika off day kerja, AWASINYA.

Jika anda dapati pada waktu tengah malam ketika terjaga selalunya tertengok benda tu, jadi apa anda boleh buat? Jgn buka henset, jgn buka komputer pada waktu tu! Atau mungkin boleh kuatkan diri dgn bertahajud apabila terjaga setiap malam

Jika anda dapati pada waktu awal pagi selalunya mudah tertengok video lucah tu, jadi apa anda boleh buat? Bersenam! Jalan jalan, buat satu aktiviti bagi memenuhi masa berisiko anda tu.

Konsepnya masa berisiko MESTI DIISI DAN DIGANTIKAN

Dengan menyibukkan diri anda dengan sesuatu, percayalah perjalanan pulih diri anda dari ketagihan video lucan dan melancap ni akan jadi lebih mudah. Dan anda sendiri mungkin tak sangka, apa yang anda perlu huat hanyalah… sibukkan diri.

Terus usaha, yakin diri, perubahan datang!

About Amirul Ramli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *