Cara berhenti ketagihan menonton video lucah

Anda ketagih tengok video lucah? Saya kagum dengan anda. Ramai sebenarnya yang dah terjebak dalam ketagihan video lucah ni. Namun tak ramai yang mencari jalan keluar untuk pulihkan diri dari ketagihan tengok video lucah. Lebih menakutkan ada yang anggap menonton video lucah dan onani satu benda yang normal.
Ianya tak normal! Berdosa! Macam mana pun tahniah dan jangan terkejut andainya tidak lama lagi anda pun turut pulih dah berjaya melawan serta meninggalkan tabiat buruk ni. 
Ramai yang cuba berhenti, tapi tak ramai yang jumpa teknik dan kaedah yang betul. Diharapkan dengan adanya blog ni satu kepastian dan bantuan untuk pulih berjaya anda dapat.
Berikut adalah antara langkah permulaan yang boleh anda ambil untuk pulihkan diri dari tengok video lucah dan cara berhenti onani. 

Prinsip keabadian tenaga
Dalam kelas fizik dulu, fizik tingkatan 4 bab 2, kalau anda ingat ada satu topik berkaitan dengan energy. Dan teorinya adalah begini.

“Tenaga tidak boleh dimusnahkan, ia hanya boleh ditukar kepada satu bentuk tenaga yang lain”

agak logik jugak kan, yela bila anda rasa nak tengok video lucah tu, pastinya anda rasa satu bentuk tenaga, kehendak, dorongan yang kuat untuk tengok benda tu. Rasa tak tahan, rasa gelisah, rasa nak buat, itulah satu bentuk tenaga.

Jadi bila keinginan nak tengok video lucah tu datang, boleh ke dengan mudahnya anda menolak? Jika anda sudah ketagih, besar kemungkinan susah. Dan yang paling penting, anda tak boleh hilangkan tenaga atau kehendak nak buat benda tu!

“Tenaga tidak boleh dimusnahkan, ia hanya boleh ditukar kepada satu bentuk tenaga yang lain”

Jadi straight forward, anda perlu buat macam ni.. anda perlu

“Gunakan tenaga tu untuk buat sesuatu yang lain!”

Katakan  anda kerap tertengok video lucah pada waktu malam, jadi buat sesuatu yang lain pada waktu malam tu!

Mungkin nampak mudah, agak sukar sebenarnya sebab kita terdorong dengan habit kita atau apa yang selalunya kita buat.

kalau anda selalunya duduk depan komputer malam-malam (sampai tertengok porn dan onani) jadi anda perlu buat satu tabiat yang baru!

Siapkan kerja pada waktu petang, dan pada waktu malam tu mungkin boleh cuba sesuatu yang baru seperti membaca, mengemas, main alat musik ke, dengar ceramah ke  (terbaik!), pergi kelas tambahan ke…macam-macam lagi. Hidup ni luas, ada banyak benda yang boleh kita buat dan macam-macam boleh belajar.

ingat…

“Tenaga tidak boleh dimusnahkan, ia hanya boleh ditukar kepada satu bentuk tenaga yang lain”

Cuba buat sesuatu yang baru hari ini, tabiat atau ketagihan memang susah nak tinggalkan, nak tahu apa yang senang? BUAT TABIAT BARU!

About Amirul Ramli

Menubuhkan Noetic Therapy Resources pada 2012. Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Komunikasi UIAM. Minat bidang motivasi, pembangunan diri, psikologi dan yang sama waktu dengannya. Sedang mengejar impian sebagai profesional speaker!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *