Pentingnya Pengurusan Masa Bagi Memulihkan Ketagihan Anda

1. Cuba ingat kembali. Masa tu anda dah berjaya untuk tinggalkan ketagihan anda selama beberapa hari. Mungkin dah seminggu anda tidak merokok. Dah sebulan anda berjaya tak tengok video lucah.


2. Lepas tu tiba-tiba anda terjatuh semula dalam kegiatan tu. Terhisap balik rokok. Yang elok-elok berjaya berhenti video lucah tu tertengok pulak balik.


3. Tambah sedih ada yang mula rasa putus asa. Sebab bila cuba berhenti asyik asyik terbuat semula benda tu.


4. Relaks. Nak tahu apa benda yang mungkin menyebabkan anda terikat dengan ketagihan yang anda miliki?


PENGURUSAN MASA

Semoga anda dapat menguruskan masa dengan baik

5. Pengurusan masa. Bunyi macam mudah. Yela bangun tidur kita pergi kerja, seharian kerja lepas tu balik rumah rehat pula, lepas tu tidur semula. Kan penuh dengan kerja tu? Jadi nak uruskan apa lagi?

6. URUSKAN MASA DI MANA ANDA SELALU BUAT PERKARA TU.

7. Katakan lepas balik kerja, waktu tengah penat tu anda selalu hisap rokok. Jadi URUSKAN MASA ANDA PADA WAKTU TU. Buat satu perkara baru yang sihat. Contoh macam exercise, main badminton ke, futsal ke, work out ke kan. Apa salahnya

8. Katakan malam anda terjaga dari tidur pukul 2 pagi. Waktu yang selalunya anda tertengok semula video lucah. (Kenal pasti waktu yang mencabar buat anda) Jadi URUSKAN MASA ANDA PADA WAKTU TU. Buat satu perkara baru yang bermanfaat. 

“Kalau terjaga pukul 2 pagi, tak tahu nak buat apa. Satu je cadangan saya yang pastinya menyelamatkan anda dunia dan akhirat. SOLAT SUNAT TAHAJUD”

9. Baik, kesimpulannya anda perlu kenal pasti waktu bila yang anda selalunya terdorong untuk buat “benda” tu. Bila dah dapat kenal pasti bila, anda perlu rancang untuk isi masa tu dengan sesuatu yang lain. 

10. Boleh juga isikan masa tu dengan hobi (baca buku, tulis blog, main game, work out) atau belajar sesuatu yang anda teringin sangat nak belajar (belajar buat video, belajar memasak, belajar uruskan duit) 

SEKARANG, TIBA GILIRAN ANDA UNTUK BERJAYA PULIH!

About Amirul Ramli

Menubuhkan Noetic Therapy Resources pada 2012. Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Komunikasi UIAM. Minat bidang motivasi, pembangunan diri, psikologi dan yang sama waktu dengannya. Sedang mengejar impian sebagai profesional speaker!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *