Nak pulihkan ketagihan? Teknik ini mungkin dapat membantu anda

Dalam entri sebelum ini, kita ada bercakap tentang keyakinan diri semata-mata tak cukup. Untuk membacanya semula klik di sini. Seriously, keyakinan diri saja belum cukup. 

1. Ada banyak faktor yang menyumbang kepada kejayaan anda untuk membebaskan diri anda daripada penyakit ketagihan ini. 

2. Macam mana pun, keyakinan diri boleh dijadikan asas yang dapat menyokong anda untuk terus kekal bersih.

3. Bayangkan anda nak masak dan makan tengah hari, tak kiralah apa yang anda nak masukkan dalam kuali tu, teknik macam mana pun yang anda nak buat, benda utama yang anda perlukan tentunya…

“API”


4. Jadi..

tak kira berapa banyak teknik pemulihan ketagihan yang anda tahu,
tak kira berapa banyak video motivasi yang anda tengok,
tak kira berapa banyak nasihat pun yang anda terima..
anda tetap perlukan..

“KEYAKINAN DIRI”

5. Ada ramai orang yang nak berhenti merokok tapi tak berani untuk cuba sebab.. tiada keyakinan diri.

Ada ramai orang yang cuba nak berhenti tengok video lucah tapi berhenti sekejap je lepas tu tengok balik sebab… tak cukup keyakinan diri


6. Anda perlukan keyakinan diri. Saya perlukan keyakinan diri. Kita semua perlukan keyakinan diri untuk jadikan diri kita lebih baik.

7. Macam mana cara untuk tingkatkan keyakinan diri? Mudah. Ambil masa setiap kali sebelum tidur untuk muhasabah diri, dan katakan ini pada diri anda. 


8. Tanya pada diri anda, “Adakah aku yakin aku akan berjaya berhenti tengok video lucah?”

“Tak berapa yakin, nanti lama-lama mesti tengok balik”

9. Katakan pula kepada diri anda, “Aku kena betul betul yakin aku akan berjaya juga bebas ketagihan satu hari nanti!”

“Err.. dah banyak kali dah aku try berhenti, last last buat balik. Keyakinan aku dah hilang”

10. Tanya pula soalan ini pada anda, “Yakin tak aku, yang matahari akan terbenam, malam akan menjelma, dan malam akan digantikan dengan siang? (InsyaAllah selagi belum kiamat malam dan siang akan silih berganti)


“Eh mestilah yakin. Kalau dah malam, esoknya mesti siang pulak”

11. Jadi tanamkan keyakinan pada diri anda sekarang, 

“Aku yakin aku akan berjaya pulih ketagihan ni, sama macam aku yakin malam akan berganti siang! InsyaAllah”

12. Atau apabila anda memegang sebatang pen. Lihat pen itu dan katakan pada diri,

“Aku yakin aku akan berjaya pulih ketagihan ni, sama macam aku yakin pen ni akan jatuh bila aku lepaskan!” 

Kemudian lepaskan pen itu dan lihat ianya jatuh sambil tersenyum, sebab anda kini yakin yang tak kira apa berlaku, tak kira berapa kali anda gagal, anda tetap yakin yang anda akan berjaya juga pulih tidak lama lagi. 

13. Persoalan yang saya tinggalkan untuk anda renungi.

“Sudah cukup yakinkah kau, yang kau akan berjaya lawan ketagihan tu?”


Usaha, yakin, doa dan tawakal. Kini tiba giliran anda untuk berjaya!

About Amirul Ramli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *