Biar Lambat, Asal Cuba

“Aku dah 3 tahun hisap rokok, susah la nak berhenti”


2 tahun kemudian…

“Aku dah dekat 5 tahun hisap rokok, mana boleh berhenti dah, ingat senang ke?” 


10 tahun kemudian…

“Aku dah 10 tahun hisap rokok, takpelah tak boleh dah berhenti. Dah jadi sebahagian diri aku” 


1. Kebanyakkan orang mengatakan semakin lama terlibat dengan ketagihan semakin sukar bagi seseorang tu nak pulih semula. 

2. Mungkin disebabkan tu ada orang yang dah ketagih video lucah 10 tahun berasa putus asa kerana mereka ingat dah tak ada harapan untuk pulih.

3. Sentiasa ada harapan. Tak kira berapa puluh tahun pun anda hisap rokok, berapa belas tahun pun anda tengok video lucah, saya berani katakan HARAPAN SENTIASA ADA.

4. Apa yang boleh anda cuba fikirkan, BILA AKU NAK CUBA UNTUK BERUBAH?

5. “Sampai bila aku nak tewas dengan ketagihan ni? Bila aku nak menang pula?”

6. Serius cakap, ingat ni je. 


“BIAR LAMBAT, ASAL CUBA”

 

About Amirul Ramli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *