Alangkah Seronoknya Pulih Ketagihan Sekarang

Cuba bayangkan,
Anda kini bebas dari merokok…


Cuba bayangkan,
Anda kini bebas dari nak tengok video lucah..


Cuba bayangkan,
Ketagihan merokok, ketagihan dadah, ketagihan pornografi yang selama ini merantai anda akhirnya BERAKHIR SEKARANG


Apa perasaan anda agaknya? Dah tentu seronok kan? Dah tentu gembira betul tak?

Anda mampu mengawal diri anda. Anda hanya perlu CUBA



1. Cuba fahamkan kata-kata saya di bawah ini, kerana jika anda cuba untuk pegang pasti proses pemulihan ketagihan anda semakin mudah.

“Sesaat dalam satu masa, seminit dalam satu masa, sejam dalam satu masa, sehari dalam satu masa, sebulan dalam satu masa, setahun dalam satu masa”

2. Macam mana? Boleh tangkap? Baik begini. Andainya saya suruh anda berhenti merokok sekarang serta merta. Mampukah anda untuk buat?

3. Jika ya Alhamdulillah. Namun ramai yang ketagih merokok pasti merasakan ianya satu bebanan yang berat untuk dipikul.

4. Jadi macam mana pulak kalau saya minta anda cuba untuk tidak merokok selama setahun? 

“Hmmm, macam susah je. Tak yakin lah aku”

5. Ok kalau macam tu, cuba untuk tidak merokok selama sebulan. Boleh?

“Tak tau lah, aku rasa macam tak boleh”

6. Baik, apa kata cuba tahan untuk sehari pula. Macam mana? Masih rasa belum boleh lagi?

“Err.. kau cakap senang la, aku setiap hari mesti kena hisap rokok”

7. Fine. Macam tu cuba untuk tidak merokok selama 1 jam. Hanya 1 jam saja. 

“Hmm.. bila kau ckp mcm tu rasanya nak tahan merokok 1 jam, no problem. Aku rasa, aku mampu”

8. Itulah jawapannya. Jika anda mampu untuk bertahan dan mengawal diri anda selama sejam, pasti anda mampu untuk mengawal diri bagi sejam yang berikutnya.

9. Dan lebih menarik, semakin banyak kali anda cuba tahan, cuba kawal diri, pastinya keyakinan diri anda semakin bertambah kental.

10. Nak capai sebulan bebas ketagihan, atau setahun bebas ketagihan pastinya anda mampu sebab anda dah mula sedar..

“Sesaat dalam satu masa, seminit dalam satu masa, sejam dalam satu masa, sehari dalam satu masa, sebulan dalam satu masa, setahun dalam satu masa”

About Amirul Ramli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *